HUAWEI Watch Fit 5 Pro dan Watch Fit 5 kini rasmi di Malaysia

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Watch Fit 5 Series di Malaysia dan ianya terdiri daripada dua model iaitu Watch Fit 5 dan Watch Fit 5 Pro.
HUAWEI Watch Fit 5 hadir dengan skrin AMOLED 1.82-inci beresolusi 480 × 408 piksel serta tahap kecerahan sehingga 2500 nits manakala HUAWEI Watch Fit 5 Pro pula menggunakan skrin AMOLED LTPO 1.92-inci (saiz bezel 1.8mm sahaja) dengan tahap kecerahan lebih tinggi iaitu sehingga 3000 nits.
Seterusnya, Watch Fit 5 menggunakan binaan aluminium yang ringan, manakala Watch Fit 5 Pro tampil lebih premium dengan rangka titanium alloy dan perlindungan sapphire glass. Kedua-dua model juga menyokong pemantauan kesihatan seperti bacaan kadar denyutan jantung, SpO2, suhu kulit, pemantauan tidur, mini workout mode dan tekanan.
Dalam pada itu, HUAWEI Watch Fit 5 Pro turut dilengkapi fungsi tambahan seperti ECG, analisis HRV dan pengesanan kekerasan arteri untuk pemantauan kesihatan lebih menyeluruh. Siri ini juga tampil dengan lebih dari 100 mod sukan termasuk larian, berbasikal, renang dan latihan kecergasan harian.
Seterusnya, HUAWEI Watch Fit 5 Pro turut menyokong ciri sukan lanjutan seperti golf mode, trail running navigation dan free diving sehingga 40 meter.
Kedua-dua model juga menyokong GPS multi-band, Bluetooth Calling, NFC dan keserasian dengan peranti Android serta iOS. Bateri yang ditawarkan pul mampu bertahan sehingga 10 hari penggunaan bergantung kepada corak penggunaan harian.
HUAWEI Watch Fit 5 Pro akan ditawarkan pada harga RM 1099 manakala Watch Fit 5 pula akan ditawarkan pada harga RM 799.
Setiap pembelian siri HUAWEI Watch Fit 5 turut didatangkan dengan pelbagai tawaran menarik termasuk Early Bird Voucher bernilai RM 100, FreeBuds SE 2 bernilai RM 199, 1 tahun waranti APAC, 3 bulan langganan HUAWEI Health dan 1 bulan langganan Watch Face.





