realme P4 Series bakal tiba di Malaysia – hadir dengan bateri 10,000mAh

realme secara rasminya telah mengumumkan inovasi terbarunya dalam iaitu realme P4 Series yang tampil sebagai ‘Powerful Partner’ bagi menepati gaya hidup dinamik generasi muda.
realme P4 Series yang terbaharu ini terdiri daripada tiga model — P4 Power 5G, P4x dan P4 Lite. Siri ini mengikut falsafah “P for Power” yang telah ditingkatkan, sekaligus mentakrif semula keupayaan telefon pintar dengan tiga teras utama: kuasa bateri tahan lama, pengalaman permainan lebih lancar, dan keupayaan AI permainan lebih pintar.
Selain itu, realme P4 Series dilihat sebagai peneman paling berkuasa buat generasi muda terutamanya daripada segi permainan, penciptaan kandungan dan ketersambungan harian.
Kuasa Bateri Tahan Lama
Keseluruhan siri ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti ultra-besar. Memimpin barisan P4 ini adalah realme P4 Power 5G, Perintis Teknologi Bateri di Malaysia, dilengkapi dengan Bateri Titan 10,000mAh+ inovatif — membawa era baharu telefon pintar dengan ketahanan bateri melebihi 10,000mAh dan menetapkan piawaian baharu dalam industri.
Sementara itu, P4x dan P4 Lite muncul sebagai pemimpin segmen masing-masing daripada segi ketahanan bateri, menawarkan stamina setaraf telefon pintar ‘flagship’ serta pengecasan pantas, selaras dengan rentak kehidupan generasi muda hari ini.
Kuasa Pengalaman Bermain Lebih Lancar
siri ini memastikan pengalaman penggunaan lancar, pertukaran aplikasi secara mudah, dan permainan tanpa ‘lag’. Daripada melayari media sosial dan menyunting video sehingga sesi bermain dalam suasana sengit, Siri P4 memberikan pengalaman responsif dan mendalam pada setiap saat.
Kuasa AI Gaming Lebih Pintar
Siri P4 memperkenalkan ‘AI Gaming Engine’ komprehensif, bertindak sebagai rakan bermain peribadi para pengguna. Dengan pengoptimuman lanjutan merangkumi pecutan prestasi, kestabilan rangkaian, pencegahan sentuhan silap, dan pengurusan sumber latar belakang, ia memastikan prestasi puncak dan pengalaman bermain memukau pada setiap detik.
Ini adalah dimensi ketiga “Powerful”: Bukan sekadar telefon pintar, tetapi ‘Powerful Partner’ yang memahami para pengguna dan sentiasa berjuang bersama.
Pelancaran Siri P4 memperkukuhkan komitmen realme dalam membawa kuasa mentakrifkan segmen kepada khalayak lebih luas. Dengan menggabungkan bateri tahan lama, prestasi lancar dan AI intuitif ke dalam satu pengalaman ‘Powerful Partner’ secara kohesif, Siri P bersedia untuk menetapkan penanda baharu dan menjadi pilihan utama bagi pengguna muda terutamanya golongan mengutamakan prestasi.
realme P4 Series dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
