Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Toshiba TV Bersedia Menjelang FIFA World Cup dengan ‘Feel Every Goal Champion Promotion 2026’

Toshiba TV Bersedia Menjelang FIFA World Cup dengan ‘Feel Every Goal Champion Promotion 2026’ 1

Toshiba TV Bersedia Menjelang FIFA World Cup dengan ‘Feel Every Goal Champion Promotion 2026’ 2

Sebagai Penaja Rasmi TV FIFA World Cup 2026, Toshiba TV menjemput rakyat Malaysia untuk merasai setiap detik mendebarkan musim bola sepak dengan visual menakjubkan, audio menggegarkan jiwa serta pelbagai hadiah menarik. Berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2026, kempen ini menawarkan pelbagai promosi istimewa kepada pengguna di Malaysia.

Toshiba TV tampil dengan barisan produk paling berkuasa setakat ini sempena musim Piala Dunia, diterajui oleh dua siri utama yang dibina untuk pengalaman tontonan terbaik. Toshiba Z670R/S Mini LED 4K TV hadir dengan visual bertaraf premium dan bunyi seakan berada di stadium, manakala Toshiba Z570R/S Gaming TV membawa warna lebih hidup serta audio sinematik untuk setiap perlawanan. Kedua-dua siri ini memastikan setiap gol, setiap tepisan dan setiap detik mendebarkan FIFA World Cup 2026 bukan sekadar ditonton, tetapi benar-benar dirasai.

Hadiah Menarik Dengan Setiap Pembelian

Sepanjang kempen ini, pelanggan yang membeli model Toshiba TV terpilih daripada pengedar sah akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet eksklusif, dengan nilai berbeza mengikut model. Untuk menebus hadiah, pembeli hanya perlu menghantar borang penebusan rasmi melalui pautan yang disediakan antara 1 Mei hingga 31 Ogos 2026. Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada.

Sebagai sebahagian daripada proses tersebut, pelanggan juga perlu melengkapkan pendaftaran waranti secara dalam talian melalui pautan ini: https://my.toshiba-visual.com/warranty-2/ bagi mengesahkan kelayakan mereka.

Cabutan Bertuah The Grand Goal – Setiap Pembelian Peluang Kemenangan

Menambahkan lagi kemeriahan kempen ini, pelanggan yang membeli Toshiba TV bersaiz 65 inci dan ke atas dalam satu resit daripada pengedar sah antara 1 Mei hingga 31 Julai 2026 akan layak secara automatik menyertai “The Grand Goal Lucky Draw”, dengan peluang memenangi pelbagai hadiah hebat. Pemenang akan diumumkan pada September 2026.

Hadiah Utama x 1 Unit:
Dyson Purifier Big+Quiet Formaldehyde

Hadiah Kedua x 1 Unit:
MacBook Neo 256GB

Hadiah Ketiga x 4 Unit:
Touch ‘n Go Reload Pin bernilai RM350 setiap satu

Toshiba TV Bersedia Menjelang FIFA World Cup dengan ‘Feel Every Goal Champion Promotion 2026’ 3

Kempen “Feel Every Goal Champion Promotion” 2026 meneruskan misi Toshiba TV Malaysia untuk membawa kejohanan sukan terbesar dunia lebih dekat ke rumah anda. Dengan kehangatan FIFA World Cup 2026 yang menawan hati peminat di seluruh dunia, Toshiba TV memastikan setiap rakyat Malaysia dapat merasai sepenuhnya setiap gol, setiap tepisan dan setiap detik yang tidak dapat dilupakan dengan ketepatan gambar serta kuasa audio yang benar-benar mengagumkan.

Untuk maklumat penuh mengenai model yang layak, langkah penebusan hadiah serta terma dan syarat lain, sila rujuk Terma & Syarat rasmi Toshiba Feel Every Goal Champion Promotion 2026 melalui pautan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.