Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Umum Magic Stories Awards 2026 dan Jelajah Fotografi Seluruh Negara untuk Merancakkan Pelancongan Malaysia

HONOR Umum Magic Stories Awards 2026 dan Jelajah Fotografi Seluruh Negara untuk Merancakkan Pelancongan Malaysia 1

HONOR Umum Magic Stories Awards 2026 dan Jelajah Fotografi Seluruh Negara untuk Merancakkan Pelancongan Malaysia 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan penganjuran sulung Magic Stories Awards 2026, bersama siri jelajah bengkel fotografi di seluruh negara yang bertujuan menampilkan warisan budaya negara, landskap menakjubkan serta kisah kehidupan harian yang penuh warna kepada khalayak global. Inisiatif ini memberi peluang kepada jurugambar merakam keajaiban Malaysia menerusi telefon pintar HONOR.

Anugerah dan jelajah fotografi ini juga menjadi sebahagian daripada sokongan jenama tersebut terhadap kempen Visit Malaysia 2026, dengan menggabungkan penciptaan kandungan, penglibatan komuniti serta teknologi terkini bagi mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.

HONOR Umum Magic Stories Awards 2026 dan Jelajah Fotografi Seluruh Negara untuk Merancakkan Pelancongan Malaysia 3

HONOR Magic Stories Awards 2026 – Peranti Flagship HONOR Menanti 21 Pemenang Hebat

HONOR Magic Stories Awards 2026 mengajak rakyat Malaysia merakam dan berkongsi kisah visual menarik tentang negara melalui enam tema iaitu pemandangan bandar, manusia dan budaya, alam semula jadi, makanan, lokasi tersembunyi serta haiwan.

Sebanyak 21 pemenang akan diiktiraf menerusi pelbagai kategori anugerah yang meraikan kreativiti dan penceritaan melalui fotografi mudah alih. Pemenang utama kategori Photographer of the Year akan membawa pulang telefon pintar boleh lipat flagship, manakala dua pemenang kategori Master of Photography masing-masing menerima HONOR Magic8 Pro. Tiga pemenang kategori Prestigious Photographers akan menerima HONOR 600 Pro, sementara 15 pemenang kategori HONORable Photographers masing-masing menerima HONOR 600.

Penyertaan dibuka dari 27 April hingga 15 September 2026, manakala pemenang akan diumumkan pada Oktober 2026. Semua penyertaan mestilah dirakam menggunakan telefon pintar HONOR, sejajar dengan fokus jenama itu dalam memajukan fotografi mudah alih sebagai medium kreatif.

Karya pemenang akan dipamerkan menerusi pameran HONOR, pusat beli-belah terpilih di seluruh negara serta platform media sosial rasmi jenama tersebut. Selain itu, pemenang terpilih akan terus layak ke peringkat finalis global HONOR Magic Stories Awards 2026 untuk peluang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

HONOR Umum Magic Stories Awards 2026 dan Jelajah Fotografi Seluruh Negara untuk Merancakkan Pelancongan Malaysia 4

HONOR Magic Stories Photography Workshop – Menonjolkan Keindahan Malaysia di 7 Destinasi

Melengkapkan program anugerah ini, HONOR Magic Stories Photography Workshop akan berlangsung di beberapa lokasi seluruh negara, menawarkan peluang praktikal kepada peminat fotografi mudah alih untuk merakam keindahan landskap, budaya dan komuniti Malaysia.

Bermula dari 9 Mei hingga 11 Julai 2026, siri bengkel ini akan menjelajah tujuh lokasi di enam negeri, bermula di The Habitat Penang Hill dengan fokus kepada fotografi seni bina dan pemandangan bandar. Berikut adalah jadual lokasi jelajah:

  • 9 Mei 2026 – The Habitat Penang Hill
  • 17 Mei 2026 – Rumah Singgora, Kota Bharu, Kelantan
  • 6 – 7 Jun 2026 – Taman Negara, Pahang
  • 13 Jun 2026 – Eufloria Gardens and Sculpture Park, Genting Highlands
  • 20 Jun 2026 – Sosodikon Hill dan Desa Dairy Farm, Sabah
  • 4 Julai 2026 – Wang Kelian View Point, Perlis
  • 11 Julai 2026 – Sarawak Cultural Village, Kuching

Peserta akan meneroka pelbagai tema termasuk budaya, alam semula jadi dan fotografi potret, sambil mencuba kehebatan kamera flagship HONOR 600 Pro. Melalui pengalaman praktikal ini, peserta dapat menafsir dan berkongsi kisah unik Malaysia menerusi lensa kreatif masing-masing.

HONOR Magic Stories Photography Workshop turut disokong oleh CelcomDigi sebagai Rakan Kesalinghubungan Rasmi, memastikan peserta menikmati sambungan internet berkelajuan tinggi yang lancar dan stabil untuk terus berhubung, berkarya dan berkongsi kandungan sepanjang kempen berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic Stories Awards 2026 boleh didapati di laman rasmi HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.