Tablet paling serba boleh dengan pengalaman setaraf PC pada harga arus perdana – HUAWEI MatePad 12 X 2026
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad 12 X 2026 yang merupakan sebuah tablet produktiviti terbaik yang menawarkan kuasa setaraf PC ke tangan anda. Ianya tampil dengan WPS Office 3.0 setaraf PC dan HUAWEI M-Pencil Pro yang baharu.
Dengan reka bentuk yang ringan dan premium, HUAWEI MatePad 12 X 2026 adalah tablet yang patut menjadi teman produktiviti setaraf PC anda bagi tahun 2026
Jom kita tengok apa kelebihan yang dimiliki HUAWEI MatePad 12 X 2026 yang menjadikanya layak digelar sebagai tablet produktiviti setaraf PC.
1. Kecekapan kerja yang lebih tinggi – produktiviti setaraf PC
HUAWEI MatePad 12 X 2026 menampilkan perisian WPS 3.0 Office setaraf PC yang hadir dengan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan fungsi yang akan meningkatkan lagi produktiviti pengguna.
Perisian baharu WPS Office ini kini hadir dengan ciri seperti berikut :
- Copy-paste carta untuk PowerPoint/Word/Excel dengan data terbenam.
- UI/UX setaraf PC sepenuhnya (menyokong Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Ringkas dan Bahasa Cina Tradisional).
- Sokongan sisipan dokumen untuk Word/Excel (pautan, lampiran).
- Peningkatan pengalaman sentuhan yang dioptimumkan:
i. Sisipan LaTeX
ii. Pengoptimuman Jadual Pangsi Komponen Web
iii. Pemampatan fail automatik
iv. Penambahbaikan UI/UX berbilang bahasa
• Fungsi matematik lanjutan untuk Excel.
Bercakap sahaja mengenai tablet setaraf PC, ianya hampir pasti hadir dengan papan kekunci magnetik pintar HUAWEI yang menawarkan pengalaman menaip seperti pada komputer dengan 1.5mm jarak kekunci, saiz kekunci bersaiz 16.5mm dan lebih 40+ pintasan yang mudah diakses.
Dalam pada itu, pengalaman produktiviti luar biasa pada HUAWEI MatePad 12 X 2026 ini menjadi lebih sempurna dengan HUAWEI Wireless Mouse dan HUAWEI M-Pencil Pro yang disertakan bersama pembelian secara percuma untuk anda menikmati tetapan setaraf PC bermula dari saat anda membeli tablet ini.
2. Paparan Lebih Lancar & Lebih Jelas — Paparan PaperMatte Ultra-Clear 12”
• HUAWEI MatePad 12 X 2026 hadir dengan paparan PaperMatte Ultra-clear berukuran 12 inci dengan teknologi etsa nanoskal berketepatan tinggi yang mampu mengurangkan kesan kilauan (sparkle) sehingga 50%, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih jelas. Menariknya, Ini HUAWEI MatePad 12 X 2026 merupakan produk pertama HUAWEI untuk menggunakan paparan PaperMatte generasi ketiga yang baharu ini.
Selain itu, paparan PaperMatte Ultra-clear yang digunakan HUAWEI MatePad 12 X 2026 juga memiliki ciri anti-pantulan dan anti-silau (struktur tekstur nano yang menghapuskan 99% gangguan cahaya persekitaran), anti-keletihan mata serta anti-cap jari memastikan keselesaan mata yang luar biasa.
Selain itu, teknologi PaperMatte Ultra-clear ini juga telah menerima pengiktirafan antarabansa dengan pensijilan perlindungan mata terbaik dunia dari TÜV Rheinland (reflection, low blue light & flicker-free) dan SGS (low visual fatigue premium performance 2.1).
Dari segi spesifikasi asas, paparan HUAWEI MatePad 12 X 2026 ini memiliki resolusi 2800×1840 piksel dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksima sehingga 1000nits.
3. Lebih Pintar & Lebih Intuitif – HUAWEI M-Pencil Pro Baharu
HUAWEI M-Pencil Pro yang disertakan bersama HUAWEI MatePad 12 X 2026 mentakrif semula pengalaman menulis, melakar & berkarya pada tablet. Ianya hadir dengan rekaan yang lebih ergonomik untuk penulisan dan lakaran yang lebih mirip seperti pada kertas dengan Tiga pilihan mata pen yang boleh ditukar ganti untuk menulis, melakar, membentuk dan mewarna bersama 16,384 tahap tekanan menjadikanya memiliki tahap. kepekaan 4x lebih tinggi berbanding stylus biasa.
Selain itu, HUAWEI M-Pencil Pro juga memiliki butang Star Ring yang boleh dipra-tetap sebagai ‘shorcut’ untuk membuka aplikasi pilihan anda dengan lebih pantas. Ianya turut memiliki Gerak Isyarat Cubit (Pinch Gesture yang mengaktifkan Menu radial untuk akses alat dengan pantas)
4. HUAWEI Notes – Akses Percuma, Boleh Disesuaikan Mengikut Gaya Peribadi Anda
HUAWEI MatePad 12 X 2026 hadir dengan aplikasi HUAWEI Notes yang merupakan medium produktiviti paling berkuasa pada tablet setaraf PC ini dan ianya ditawarkan percuma seumur hidup.
HUAWEI juga sentiasa berusaha untuk menambah baik setiap elemen didalam aplikasi ini untuk menjadikan penulisan dan lukisan lebih mudah:
•Pinch Gesture – Paparkan menu radial dengan serta-merta untuk akses lebih pantas.
•Resource Center – 130+ kulit (covers), 60+ jenis kertas, dan 400+ pelekat (termasuk tema jurnal batik tempatan dan sticker makanan tempatan).
•Colour Change Lasso & Notes Replay – Rakam dan sunting semasa menulis.
•AI Handwriting Enhancement – Memperbaiki tulisan tangan Bahasa Inggeris dan aksara Cina melalui circle selection .
•Ciri Lain – Import/ Export, Favorites/ Quick Bar, Handwriting Search, Instant Color Change
5. GoPaint – Kreativiti Tanpa Had
Serlahkan kreativiti melalui aplikasi GoPaint yang kini menawarkan anda lebih 100 jenis berus warna sebenar dan tekstur kanvas yang realistik. Ianya menawarkan akses percuma tanpa langgananZ
Berikut adalah antara upgrade baharu pada aplikasi GoPaint :
• Intelligent Color Card – ambil gambar suasana yang diinginkan, algoritma AI akan menjana senarai kad warna yang dipilih khas.
• Rotate-gesture Brush – lakar dengan lebih bebas menggunakan HUAWEI M-Pencil Pro pintar yang serba baharu
(contoh: pinch untuk memaparkan menu radial bagi akses alat yang lebih pantas, atau putar stylus untuk mengawal orientasi berus dan menghasilkan lakaran yang lebih mantap, memperkasa hasil kreativiti anda | Profesional: Animasi & pelbagai berus profesional).
6. Nipis, Ringan Namun Berkuasa
HUAWEI MatePad 12 X 2026 tampil didalam pakej yang sangat nipis dan ringan dimana ianya menawarkan pakej setaraf PC pada berat kurang dari 1kg (863gram) bersama ketebalan hanya 5.9mm yang menjadikanya lebih ringan berbanding iPad Air seberat 1.06kg sekaligus memberikan mobiliti sebenar tanpa kompromi.
7. Bateri Tahan Lama & Rekaan Menarik
HUAWEI MatePad 12 X 2026 tampil dengan bateri berkapasiti 10,100mAh yang membolehkan pengguna menikmati penggunaan tablet yang lebih lama didalam satu pengecasan. Anda boleh enjoy sehingga 14 jam tontonan video, 12 jam pelayaran web atau 8 jam pembelajaran intensif didalam satu pengecasan.
Selain itu, untuk ‘topup’ bateri yang lebih pantas, HUAWEI MatePad 12 X 2026 juga memiliki teknologi pengecasan 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu memberikan 100% pengecasan dalam masa 85 minit sahaja.
Selain bateri, HUAWEI MatePad 12 X 2026 juga hadir dengan teknologi perhubungan terkini seperti Wi-Fi 7 dan NearLink yang menawarkan sambungan yang lebih stabil dan pantas berbanding Bluetooth (untuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro).
Menyentuh sedikit tentang prestasi, HUAWEI MatePad 12 X 2026 menawarkan pretasi yang lebih baik dimana mod Turbo kini dilanjutkan sehingga 80% lebih lama manakala pretasi keseluruhan adalah 27% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.
Kesimpulan
Sedang mencari tablet yang menawarkan pengalaman setaraf PC bersama ciri stylus yang inovatif? HUAWEI MatePad 12 X 2026 ialah pilihan ideal, dilengkapi HUAWEI Smart Magnetic Keyboard untuk kerja dan pembelajaran yang lancar di mana sahaja dengan reka bentuk yang ringan. Paparan Ultra-Clear PaperMatte pula menawarkan ciri anti-silau dan anti-pantulan yang memberikan keselesaan mata. Digabungkan dengan HUAWEI M-Pencil Pro, ia menawarkan ciri yang lebih pintar dan inovatif, menjadikannya alat produktiviti yang sempurna di mana-mana sahaja.
Jadi yang terawal untuk memiliki HUAWEI MatePad 12 X 2026 serba baharu ini yang bermula hanya dari RM2,499, ini termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dalam kotak!
Setiap pembelian HUAWEI MatePad 12 X 2026 juga akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,047* yang termasuk HUAWEI M-Pencil Pro (RM599), HUAWEI Mouse (RM149) dan PC-Level WPS Office 3.0 (RM299).
Dapatkan tablet produktiviti terbaik dengan WPS OFFICE bertaraf PC dan HUAWEI M-Pencil Pro serba baharu untuk memulakan tahun 2026 dengan aura yang positif.
Dapatkan HUAWEI MatePad 12 X 2026 di










