OPPO Reno14 Pro dan Reno14 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 2,199

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefom pintar terbaru Reno Series iaitu Reno14 Series yang akan ditawarkan didalam tiga model iaitu Reno14, Reno 14 Pro dan Reno 14 F.
Pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada OPPO Reno14 dan Reno 14 Pro.
OPPO Reno14 Pro 5G hadir dengan skrin paparan OLED 1.5K 120Hz berukuran 6.83-inci manakala Reno14 5G hadir dengan panel yang sama namun dengan ukuran yang lebih kecil iaitu 6.59-inci. Kedua model ini dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 7i, sensor capjari dalam skrin dan kamera selfie 50MP.
Selain itu, Reno14 5G ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman 128/256GB manakala Reno14 Pro 5G dikuasakan cipset Dimensity 8450 dengan 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB.
Beralih kepada kamera, OPPO Reno14 memiliki sensor utama 50MP bersama sensor periskop 3.5x 50MP (80mm) dan sensor ultrawide 8MP. Reno 14 Pro pula hadir dengan sistem kamera yang lebih berkuasa iaitu sensor utama 50MP , 50MP 3.5x periskop (85mm) dan sensor 50MP ultrawide
Ke bahagian bateri, Reno14 memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W manakala Reno14 Pro pula memiliki bateri 6,200mAh dengan pengecasan pantas 80W.
Kedua-dua telefon pintar ini memiliki penarafan IP68/IP69 bersama ColorOS 15 yang berasaskan Android 15.
Reno14 hadir didalam warna Tranquil Green dan Brilliant White pada harga RM 2,199 bagi versi 12/256GB dan RM 2,599 bagi versi 12/512GB. Reno14 Pro pula akan ditawarkan didalam warna Titanium Mist Gray dan Brilliant White pada harga RM 2,999 bagi versi 12/512GB.
OPPO Reno14 Series kini ditawarkan di Malaysia dimana pembelian Reno14 Pro akan menerima rebat bernilai RM 200 bersama aksesori bernilai RM 329 manakala pembelian Reno14 akan menerima rebat RM 150 dan OPPO Enco Buds3 bernilai RM129.
Ianya juga tampil dengan OPPO Care Plus yang terdiri dari 1 tahun liquid protection plan, 1 tahun screen protection plan dan multi-region warranty.