OPPO Reno14 F turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,399

Selain Reno14 Pro 5G dan Reno14 5G, OPPO turut memperkenalkan OPPO Reno14 F 5G di Malaysia.
OPPO Reno14 F 5G ini hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.57-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta lapisan gelas keselamatan AGC Dragontrail DT-STAR D+. skrin mampu mengesan sentuhan walaupun ketika jari basah atau memakai sarung tangan.
Dalam pada itu, Reno14 F 5 menjadi satu-satunya model Reno14 Series untuk hadir dengan cip Snapdragon iaitu Snapdragon 6 Gen 1 yang disertakan bersama 8/12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256/512GB.
Selain itu, Reno14 F 5G juga memiliki sensor utama 50MP IMX882 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dengan pemfokusan auto dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.
Lebih lanjut, Reno14 F 5G turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC, sistem penyejukan AI Multi-Cooling, penarafan kalis air & habuk IP69, underwater photography dan sensor capjari dalam skrin.
OPPO Reno14 F 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Glossy Pink, Luminous Green, dan Opal Blue pada harga dari RM 1,399 bagi versi 8/256GB (eksklusif online), RM 1,599 bagi versi 12/256GB dan RM 1,799 bagi versi 12/512GB.
Setiap pembelian OPPO Reno14 F akan menerima rebat bernilai RM 150 dan Reno14 gift box bernilai RM 129.