vivo Watch GT kini rasmi di Malaysia – dari RM 499

Selain melancarkan vivo X200 FE, vivo Malaysia turut memperkenalkan vivo Watch GT – jam tangan pintar pertama vivo dengan reka bentuk bersegi empat yang menggabungkan gaya dan kepraktisan harian.
vivo Watch GT hadir dengan skrin melengkung 2.5D yang anggun, badan ringan seberat 33g, serta tombol digital keluli tahan karat yang digilap kemas, vivo Watch GT menawarkan estetik berteknologi tinggi yang elegan dengan kawalan intuitif — hanya putar untuk menukar antara muka atau tekan untuk kembali.
Pengguna boleh memperibadikan gaya mereka dengan pelbagai pilihan muka jam yang sesuai dengan apa jua pakaian atau acara. Bagi yang aktif, ia menyokong enam mod sukan profesional termasuk badminton, tenis dan pickleball, dengan data penjejakan terperinci seperti jumlah ayunan dan pecahan gaya pukulan.
Dalam pada itu, Watch GT ini juga memiliki jangka hayat bateri sehingga 21 hari – paling lama dalam kelasnya.
vivo Watch GT pula akan hadir dalam dua varian warna, Cloud White dan Sunrise Black masing-masing pada harga RM549 dan RM499.