Pra-tempahan awal OPPO Reno14 Series kini berbaki satu hari sahaja lagi

Panggilan terakhir bagi yang berminat untuk membuat prapesanan bagi OPPO Reno14 Series yang akan dilancarkan pada 1 Julai ini di Festival Muzik OOO! Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Siri Reno14 sebelum debut rasminya.
Nikmati rebat eksklusif sehingga RM200 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,396 apabila anda membuat pra-pesanan sekarang di https://bit.ly/Reno14Series-ROI.
OPPO Reno14 Series hadir padat dengan ciri AI yang berkuasa, termasuk sistem AI Flash Photography termaju yang memberikan tangkapan sejernih kristal walaupun dalam persekitaran yang gelap.
Sama ada anda merakam kehidupan malam atau potret yang bercahaya malap, setiap butiran terserlah. Ia juga memperkenalkan AI LivePhoto 2.0, menawarkan tangkapan gerakan yang lancar dan menjadikan Reno14 Series telefon Android pertama yang membolehkan pengguna berkongsi Live Photos terus di Instagram dan TikTok.
Selain itu, Reno14 Series juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP69, untuk ketahanan terbaik dalam apa jua persekitaran. AI Editor 2.0 pula menghimpunkan AI Recompose, AI Perfect Shot dan AI Komposer Foto Kumpulan, memberikan pengguna studio penyuntingan lengkap di tapak tangan mereka.
Dalam pada itu, OPPO Malaysia juga akan memperkenalkan rangkaian aksesori bersama Siri Reno14 pada 1 Julai, termasuk Gradient Blue Magnetic Case, Magnetic Cable, Lanyard Crossbody dengan kabel terbina , 22.5W Magnetic Ring Power Bank (10,000mAh), dan Magnetic Power Bank Air (5,000mAh)
Dapatkan OPPO Reno14 Series yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai ini di Festival Muzik OOO!