vivo X200 FE kini rasmi di Malaysia – flagship kompak dengan harga RM 3,199

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam keluarga flagship X200 Series iaitu vivo X200 FE untuk pasaran Malaysia yang turut menjadikanya sebagai model flagship mini pertama syarikat ini untuk tampil dengan rekaan flat screen.
vivo X200 FE menampilkan rekaan yang kompak namun masih menawarkan pengguna pengalaman setaraf flagship pada semua aspek termasuk pada kamera.
Terus ke spesifikasi, vivo X200 FE hadir dengan skrin paparan flat LTPO ZEISS Master Color Display berukuran 6.31-inci dengan resolusi 1.5K dengan kecerahan maksima 1800 nits serta kadar PWM 2160 Hz dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah SGS.
Seterusnya, vivo X200 FE dikuasakan cip Dimensity 9300+. bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ianya turut memiliki pembesar suara stereo, IR Blaster, dan NFC.
Ke bahagian kamera, X200 FE tampil dengan sensor utama ZEISS 50MP IMX921 yang memiliki aperture f/1.88 (OIS) bersama sensor telefoto periskop 50MP prisma trapezoid yang mempunyai rekaaan laluan optik berbentuk M, yang menjadikannya lebih padat daripada versi tradisional berbentuk L, mengimbangi prestasi tinggi dengan profil yang lebih langsing . Ianya turut memiliki sensor ultrawide 8MP manakala kamera selfie adalah sensor 50MP.
Selain itu, X200 FE juga membawakan ciri AI Image Studio yang termasuk AI Magic Move, AI Image Expander, dan AI Reflection Erase.
Dalam pada itu, X200 FE hadir dengan bateri BlueVolt 6500 mAh dan pengecasan pantas 90W FlashCharged dan ini berjaya dilakukan pada peranti yang mempunyai ketebalan hanya 7.99mm dan berat 186g.
vivo X200 FE akan ditawarkan pada harga RM3,199. Namun, pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pra-tempah akan menikmati rebat segera sebanyak RM200.
Sempena pelancaran vivo X200 FE, Kedai Konsep vivo turut menawarkan promosi pra-tempahan bermula sekarang hingga 4 Julai 2025, dengan hadiah percuma dan tawaran eksklusif, termasuk:
Hadiah Percuma (bernilai sehingga RM1,856)
- Set Paddle Pickleball (bernilai RM259)
- vivo TWS 3e (bernilai RM199)
- Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun
- Jaminan perlindungan skrin retak selama 1 tahun
pra-tempah vivo X200 FE bermula hari ini melalui Kedai Konsep vivo, peruncit rasmi, dan platform dalam talian rasmi termasuk E-Store vivo Malaysia, serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.