sooka sambut ulang tahun ke-4 – kini platform OTT paling popular di Malaysia
sooka, platform penstriman terkemuka di Malaysia, menyambut ulang tahun ke-empat nya dengan pelbagai pengumuman menarik, termasuk penambahbaikan teknologi, ganjaran pelanggan, dan tawaran terhad.
Sepanjang tempoh empat tahun ini, sooka telah berkembang untuk menawarkan pengalaman penstriman yang direka khas untuk penonton Malaysia. Antara penambahbaikan utama sejak awal tahun ini adalah termasuk pembaharuan aplikasi dengan prestasi keseluruhan yang 2x lebih pantas, sooka TV Stick yang dinaik taraf – kini dengan menawarkan kandungan sukan 4K UHD – serta kandungan dan navigasi yang diperibadikan.
Kesemua ini menyediakan pengalaman tontonan yang lebih lancar, pantas dan intuitif. sooka juga telah memperkenalkan chatbot berasaskan AI untuk sokongan pelanggan yang pantas, serta Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang akan diperkenalkan di semua platform dalam beberapa minggu akan datang untuk memudahkan navigasi saluran langsung dan kandungan VOD.
Selain itu, sooka juga telah mencatat pertumbuhan 100% dari segi pelanggan berbayar dan kini merupakan aplikasi sukan No.1 dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store di Malaysia. Pencapaian ini meletakkan sooka sebagai aplikasi OTT yang paling pantas berkembang di Malaysia, mendahului pesaing tempatan dan global.*
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, sooka menawarkan pelbagai ganjaran ulang tahun sehingga 31 Julai 2025. Pelanggan baharu boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA.
Lebih menarik, pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari. Tambahan itu, sooka TV Stick (harga pasaran: RM349) kini boleh didapati secara percuma dengan pembelian pelan enam bulan sooka Premium pada harga RM249.
Dalam pada itu, sooka juga akan menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan yang boleh didapati di laman web sooka (https://sooka.my/) bermula 25 Jun 2025 untuk masa yang terhad, memberikan akses selama 24 bulan pada harga bermula dari RM149. Layari sooka.my atau ikuti sooka di media sosial untuk maklumat lanjut.
Memasuki tahun kelima, sooka terus melebarkan langkahnya dengan menambah baik kandungan dan memanfaatkan teknologi untuk memberikan pengalaman hiburan bertaraf dunia kepada semua rakyat Malaysia.
Dalam beberapa bulan akan datang, sooka akan mengumumkan kerjasama dan penawaran bersama dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama untuk memberi nilai tambahan kepada pelanggan.






