Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Julai ini

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaram Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 9 Julai ini di New York.
Ini bermaksud pelancaran Galaxy Z Series akan berlangsung lebih awal dan ianya juga akan menjadi pentas pelancaran telefon pintar foldable ‘Ultra’ pertama syarikat ini iaitu Galaxy Z Fold7 Ultra.
Selain Galaxy Z Fold7 Ultra, Samsung juga dijangka akan melancarkan Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7, Galaxy Z Flip7 SE dan Galaxy Watch8 Series.
Majlis pelancaran Galaxy Unpacked ini akan berlangsung pada 9 Julai bermula jam 10 malam waktu Malaysia dan ianya boleh disaksikan secara langsung di laman rasmi Samsung.com, Samsung Newsroom, dan Samsung YouTube .
Daftar Minat sekarang!
mulai sekarang hingga 9 Julai 2025, 9:59 P.M., daftar minat anda untuk menerima baucar RM50 bagi pra-pesanan peranti Galaxy Z Series yang akan dilancarkan di Galaxy Unpacked. Pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran minat juga layak untuk membeli baucar Samsung Reservation+ dengan membayar RM10 semasa tempoh promosi dan menerima kod baucar bernilai RM210!
Daftar minat di : https://www.samsung.com/my/unpacked/