Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ kini di Astro Ultra Box

Astro telah melancarkan aplikasi beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ di Ultra Box, membolehkan pelanggan menstrim lebih banyak acara sukan global secara langsung, drama dan filem Korea, Cina dan  banyak lagi di TV mereka mulai hari ini.

beIN SPORTS CONNECT, iQIYI, dan TVBAnywhere+ menyertai perkhidmatan penstriman global seperti Netflix dan Disney+ Hotstar yang akan dinikmati lebih daripada 600,000 pelanggan Ultra dan Ulti Box.

beIN SPORTS CONNECT

Aplikasi beIN SPORTS CONNECT pada Ultra Box untuk peminat sukan yang membawa liga bola sepak Eropah utama seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand di samping lebih 3,000 jam acara sukan tenis secara siaran langsung termasuk Piala ATP dan Piala Laver.

Mulai hari ini, pelanggan dengan langganan Sports yang sebahagian daripada Pek TV Astro mereka akan dapat mengakses semua kandungan di beIN SPORTS CONNECT pada skrin TV melalui Ultra Box atau pada aplikasi mudah alih untuk pengalaman tontonan ‘on-the-go’.

iQIYI

Sebagai ‘Home for Asian Entertainment’, iQIYI menawarkan pelbagai drama Cina yang menarik termasuk Love Like the Galaxy, yang dibintangi bakat popular Wu Lei dan Zhao Lusi dan melodrama tempatan eksklusif iQIYI yang dibintangi Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Aidil Aziz, Rampas Cintaku; siri anime Jepun yang terkenal seperti One Piece; serta ikuti drama tempatan terbaik seperti 7 Hari Mencintaiku 3, Kerana Aku Isteri Bidaan dan Cukup Derita Itu.

Antara sekarang dan 20 Disember 2022, pelanggan Astro boleh mendaftar untuk langganan VIP Standard atau VIP Premium dan menikmati tawaran eksklusif dengan hanya RM4.90 untuk bulan pertama* dan menikmati penjimatan yang hebat pada RM8.90 (RRP RM11.90) dan RM12.90 (RRP RM17.90) dan strim sehingga empat (4) peranti serentak untuk bulan berikutnya. Daftar iQIYI sekarang di www.astro.com.my/iqiyi.

TVBAnywhere+

Peminat drama Hong Kong (TVB) kini boleh menstrim lebih 40,000 jam hiburan Cina terbesar di aplikasi TVBAnywhere+ di Ultra Box, di samping aplikasi mudah alih.

Aplikasi TVBAnywhere+ menawarkan pelbagai kandungan yang terdiri daripada siri drama terkini, rancangan pelbagai, klasik evergreen dan kandungan asli TVB tanpa had seperti drama berunsur jenayah, Against Darkness, rancangan pelbagai yang kelakar, Super Trio Returns, rancangan realiti supernatural, Ghost Bushwhacker serta program infotainment yang membincangkan tentang topik-topik yang hangat, Scoop.

Langkah Mudah untuk Mengakses Aplikasi-Aplikasi Baharu untuk mengakses “iQIYI”, “beIN SPORTS CONNECT” atau “TVBAnywhere+” pada Ultra Box, tekan butang “Home” di alat kawalan jauh Astro.

Di bawah rel “Apps”, pilih aplikasi yang anda ingin akses (bergantung pada Pek Astro anda). Ikuti langkah di skrin untuk log masuk menggunakan ID Astro anda dengan peranti mudah alih dan sambungkan akaun anda dengan Ultra Box anda.

Setelah selesai, anda akan mendapat akses segera ke kandungan-kandungan hiburan yang penuh dengan citarasa anda!N

Nikmati lebih banyak penjimatan apabila anda mengakses aplikasi ini pada Ultra Box apabila anda mendaftar untuk tawaran pakej TV Astro dengan melayari astro.com.my/tv.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.