ULASAN : HUAWEI FreeBuds 6 – fon telinga premium dengan open-fit ANC

Pengenalan
HUAWEI FreeBuds kini telah memasuki generasi ke-6 dengan pelancaran HUAWEI FreeBuds 6 namun siri FreeBuds ini mempunyai pelbagai model pada tahap harga yang berbeza.
Tahun lalu, HUAWEI telah melancarkan FreeBuds 6i yang merupakan sebuah fon telinga dengan rekaan in-ear yang sudah pastinya memberikan pengalaman audio lebih ‘terasing’ dari bunyi persekitaran.
Ini bermaksud, HUAWEI FreeBuds 6 memasuki pasaran sebagai pengganti kepada FreeBuds 5 yang dilancarkan dipasaran global pada Mei 2023.
FreeBuds 6 mengekalkan reka bentuk yang sama seperti FreeBuds 5 iaitu open-fit yang memberikan keselesaan maksima namun kini hadir dengan jangka hayat bateri yang lebih baik selain turut menjadi fon telinga open-fit pertama dipasaran untuk hadir dengan teknologi dual-drive.
Berikut adalah ulasan HUAWEI FreeBuds 6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699.
Rekaan
HUAWEI FreeBuds 6 menampilkan reka bentuk Droplet Design💧 dengan kombinasi lengkungan yang sangat unik dimana ianya sesuai dipakai pada pelbagai kontur telinga pengguna. HUAWEI juga menyertakan 2 pasang ear tip saiz XL didalam kotak bagi pengguna yang mempunyai saiz saluran telinga yang lebih besar.
Dalam pada itu, HUAWEI FreeBuds 6 dihasilkan selepas mengambil kira berjuta-juta data yang diambil dari 10,000+ jenis bentuk telinga yang menjadikanya sentiasa selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Selain itu, FreeBuds 6 juga adalah 9% (4.9gram) lebih ringan berbanding generasi sebelum ini manakala tangkai earbuds adalah 12% lebih kecil. Ianya tampil didalam tiga pilihan warna iaitu Black, Purple dan White.
Lebih lanjut, HUAWEI FreeBuds 6 juga hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP54 yang menjadikanya sesuai untuk dipakai pada aktiviti kecergasan yang sudah pastinya mengeluarkan peluh. Bekas pengecasan tidak mempunyai penarafan ini.
Bercakap mengenai bekas pengecasan HUAWEI FreeBuds 6 ini, ianya dilengkapi bateri berkapasiti 510mAh dengan reka bentuk oval yang boleh disimpan pada poket jeans anda dengan mudah.
Ciri-Ciri Audio HUAWEI FreeBuds 6
HUAWEI FreeBuds 6 merupakan fon telinga jenis open-ear pertama daripada syarikat ini untuk tampil dengan ciri HUAWEI SOUND.
Bagi memberikan pengalaman audio kelas premium, ianya juga dilengkapi dual-driver audio (11mm) dengan susunan yang berasingan bagi sistem akustik, sistem kawalan dan sistem bateri yang membolehkan bunyi yang dihasilkan lebih semulajadi dan kaya.
Tidak setakat itu, HUAWEI FreeBuds 6 juga merupakan fon telinga open-fit pertama HUAWEI yang menyokong sehingga 2.3 Mbps transmisi lossless dan muzik ‘lossless’ sehingga 48 kHz / 24 bit. Fon telinga ini juga telah mendapat pengiktriafan sebagai HWA Lossless dan Hi-Res Wireless Audio yang menyampaikan pengalaman pendengaran peringkat terbaik.
Selain itu, earbuds flagship terbaru HUAWEI ini juga amat pintar dimana ianya akan melaraskan bunyi dengan lancar bergantung pada saluran telinga, status pemakaian dan kelantangan serta menampilkan julat frekuensi 50 Hz hingga 2 kHz . Ini memastikan pengalaman pendengaran yang sentiasa konsisten.
Seterusnya, HUAWEI juga telah menambah lubang pengaliran rongga depan dan belakang yang yang meningkatkan peredaran udara, dan ini bermaksud perincian frekuensi rendah telah diperitingkatkan sebanyak 77% untuk prestasi bass yang lebih baik.
Kualiti Panggilan Audio
Selain menawarkan pengalaman muzik yang luar biasa, earbuds juga harus menawarkan kualiti panggilan yang jelas dan stabil. Untuk itu, HUAWEI FreeBuds 6 mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti suara anda semasa panggilan untuk memastikan panggilan jelas walaupun dalam persekitaran yang bising seperti acara sukan termasuk pada keadaan bunyi ambien sehingga 95 dB dan angin sepantas 8 m/s.7
Untuk menjawab panggilan dengan lebih mudah , HUAWEI FreeBuds 6 juga hadir dengan ciri dimana anda hanya perlu mengangguk untuk menjawab panggila. atau menggelengkan kepala untuk menolak panggilan tersebut.
Bercakap mengenai ciri ANC, HUAWEI FreeBuds hadir dengan ciri open-fit ANC yang memastikan anda mendengar dengan jelas dengan mengurangkan bunyi bising di tempat seperti pejabat, kafe dan dataran.
Dalam pada itu, FreeBuds 6 juga menyokong sambungan ‘dual-device connection’ tidak kira peranti tersebut menggunakan platform Android, iOS atau Windows. Proximity Pairing pula ditawarkan pada peranti HUAWEI.
Bateri
HUAWEI FreeBuds 6 menawarkan penggunaan sehingga 36 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan yang mana ianya bergantung kepada cara penggunaan. fon telinga (39.5mAh) sahaja mampu menawarkan sehingga 6 jam pendengaran didalam satu pengecasan ( tanpa ANC).
Dalam pada itu, pengecasan boleh dilakukan menggunakan slot USB-C (5V0.5A) yang terletak pada bahagian bawah bekas pengecasan dan ianya akan mengambil masa sekitar 45 minit manakala pengecasan tanpa wayar disokong pada kadar 2W yang akan mengambil masa sekitar 150 minit untuk pengecasan penuh.
Fon telinga ini juga hadir dengan ciri Smart Charging yang memanjangkan hayat bateri sebanyak 37% dengan mengenali tabiat pengecasan dan menguruskan had pengecasan.
Penutup
HUAWEI FreeBuds 6 mentakrifkan semula pengalaman muzik dan panggilan pada earbuds open-fit khususnya dengan teknologi dual-driver yang telah menerima penarafan HWA Lossless dan Hi-Res Wireless Audio.
Selain itu, rekaan yang lebih unik juga dijangka akan meningkatkan kejayaan earbuds ini kerana ianya boleh digayakan sesuai dengan citarasa fesyen pengguna.
Pada harga RM 699, HUAWEI FreeBuds 6 adalah sebuah pelaburan yang berbaloi bagi pengguna yang mahu menikmati audio yang lebih imersif namun pada masa yang sama masih mempunyai kesedaran maksima tentang persekitaran sekeliling.
Dapatkan HUAWEI FreeBuds 6 di HUAWEI Malaysia Online Store sekarang.