Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 1

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 2

Majlis pelancaran produk HUAWEI di Malaysia sebentar tadi juga telah menyaksikan pelancaran fon telinga flagship terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds 6.

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 3

HUAWEI FreeBuds 6 merupakan fon telinga pertama yang mempunyai teknologi HUAWEI Sound dan ianya juga earbuds open-fit pertama HUAWEI untuk hadir dengan dual driver audio.

Selain itu, FreeBuds 6 hadir dengan reka bentuk Droplet Design yang menampilkan rekaan melekung yang pasti selesa dipakai oleh pengguna. Ianya adalah 12% lebih kecil dan 9% lebih ringan berbanding generasi sebelum ini.

Selain itu, fon telinga terbaru HUAWEI ini juga hadir dengan ciri Open-Fit ANC, sokongan transmisi 2.3 Mbps lossless, HWA Lossless , Clear & Stable Call dan Hi-Res Wireless Audio.

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 4

Beralih kepada jangka hayat bateri, HUAWEI FreeBuds 6 mampu menawarkan sehingga 36 jam waktu penggunaan apabila digunakan bersama bekas pengecasan yang memiliki bateri 510mAh manakala setiap fon telinga memiliki bateri 39.5mAh.

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 5

HUAWEI FreeBuds kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 dan ianya ditawarkan didalam tiga warna iaitu Purple, Black dan White. Jualan akan bermula 24 Jun ini dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 327.

HUAWEI FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 6

Dapatkan HUAWEI FreeBuds 6 di HUAWEI Experience Stores, the Laman rasmi HUAWEI Malaysia , HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official Store di TikTok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.