HUAWEI MatePad Pro 12.2 (2025) kini rasmi di Malaysia – RM 3599

HUAWEI MatePad Pro 12.2 (2025) ini hadir dengan skrin paparan dual-layer Tandem OLED PaperMatte berukuran 12.2-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 2,000nits.
Selain itu, HUAWEI MatePad Pro ini dikuasakan cip Kirin T92A, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB serta menjalankan HarmonyOS 4.3. Ianya juga memiliki kamera belakang 50MP + 8MP dan kamera hadapan 8MP.
Seterusnya, tablet terbaru HUAWEI ini memiliki bateri 10,100mAh dengan pengecasan 100W SuperCharge yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam 55 minit dan Smart Power Conserve memastikan tablet boleh dihidupkan dengan pantas walaupun selepas setahun tidak digunakan.
Dalam pada itu, MatePad Pro 12.2″ (2025) ini juga memiliki butang kuasa dengan sensor capjari, 4 pembesar suara HUAWEI Sound, ciri antena 360° dan sokongan M-Pencil dan papan kekunci Glide Keyboard dengan teknologi NearLink.
Seterusnya, HUAWEI MatePad 12.2″ (2025) akan hadir dengan sokongan WPS Office setaraf PC, GoPaint ( 3D Oil Painting Brush), HUAWEI Notes, Ciri Live-Multitask dan banyak lagi.
HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) akan ditawarkan didalam warna Green dan ianya kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 3,599 dan setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma seperti HUAWEI Glide Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Wireless Mouse dan HUAWEI Sound Joy 2 ( nilai keseluruhan RM 2,045).
Pelanggan yang melakukan pembayaran deposit RM 50 akan turut menerima rebat bernilai sehingga RM 200.