Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity – kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity - kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah 1

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity - kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah 2

Pada awal tahun ini, HONOR telah memperkenalkan HONOR Connect semasa pelancaran HONOR ALPHA PLAN, yang merupakan teknologi perkongsian fail merentas ekosistem yang pertama di dunia.

Solusi inovatif ini membolehkan pemindahan fail dan media dilakukan dengan lancar antara peranti Android, iOS dan Windows. Ianya melepasi halangan platform bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lancar, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity - kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah 3

Berbeza dengan solusi rentas sistem operasi sedia ada yang hanya menyokong pemindahan fail antara telefon pintar Android dan iOS, HONOR Connect melangkah lebih jauh dengan menghubungkan telefon pintar, tablet dan komputer riba dalam satu ekosistem yang intuitif.

Hari ini, HONOR dengan bangganya mengumumkan integrasi HONOR Connect ke dalam barisan telefon pintar terbaharu Siri HONOR 400, komputer riba HONOR MagicBook Pro 14, dan tablet HONOR Pad 10.

Sebagai jenama pertama di Malaysia yang melancarkan Cross OS Connectivity secara menyeluruh, HONOR menetapkan penanda aras baharu bertujuan memperkasakan pengguna untuk berkongsi fail tanpa halangan antara Android, iOS dan Windows.

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity - kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah 4

HONOR Connect: Pemindahan Pantas untuk Semua Peranti

HONOR Connect menawarkan kelajuan pemindahan ultra-pantas, sehingga 85 Mbps untuk peranti iOS dan 40 Mbps bagi peranti Android. Ia direka untuk menguruskan pemindahan dengan pantas dan stabil, sama ada menghantar fail, gambar atau video ke satu atau beberapa peranti secara serentak. Malah, sistem ini menyokong pemindahan rentas platform antara telefon pintar dan komputer, termasuk sistem iOS dan Windows.

Pengguna kini boleh mengakses fail kerja, bahan kreatif atau kenangan peribadi daripada mana-mana peranti tanpa perlu risau tentang isu keserasian atau sekatan.

HONOR kini menawarkan ciri Cross OS Connectivity - kongsi fail antara Android, iOS dan Windows dengan mudah 5

HONOR Connect Satu Ekosistem Untuk Semua

Dengan HONOR Connect, sempadan antara telefon pintar, tablet dan komputer riba merentasi perisian Android, iOS mahupun Windows, kini dirapatkan. Pengguna bebas memadankan pelbagai peranti daripada jenama berlainan, bebas daripada kekangan ekosistem tertutup. Ia selamat, pantas dan disepadukan dengan sempurna, menetapkan standard baru dalam kesambungan mesra pengguna.

Dengan fokus berterusan HONOR terhadap pengalaman pengguna dan inovasi, ekosistemnya kini terbuka, menyediakan lebih banyak cara untuk menikmati dunia HONOR.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.