ULASAN : HUAWEI Watch Fit 4 Pro – Jam kecergasan premium yang lebih bergaya

HUAWEI Watch Fit 4 Pro
HUAWEI Watch Fit 4 Series telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dan buat kali pertama ianya turut ditawarkan didalam varian Pro. Jika Watch Fit 4 tampil dengan upgrade yang minima berbanding Watch Fit 3 namun Watch Fit 4 Pro tampil dengan rekaan dan prestasi yang hampir setaraf jam tangan pintar.
Selepas menggunakanya hampir 10 hari, berikut adalah ulasan kami tentang HUAWEI Watch Fit 4 Pro.
Rekaan
HUAWEI Watch Fit 4 Pro merupakan jam kecergasan HUAWEI Fit Series yang ternipis pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dengan ukuran 9.3mm dan ianya menampilkan ciri HUAWEI TruSense.
Ianya tampil dengan profil yang ringan iaitu hanya 30.4 gram tanpa tali hasil penggunaan bahan premium seperti kerangka aluminium, bezel titanium aloi dan gelas sapphire.
Unit ulasan kami adalah didalam warna Green iaitu menggunakan tali nilon yang ditenun dan terdapat juga warna Blue dan Black yang tampil dengan tali dan warna kerangka yang sama.
Selain itu, Watch Fit 4 Pro juga memiliki butang ‘crown’ yang hadir didalam kemasan hijau seperti warna tali dan terdapat juga satu butang ‘quick access’ yang turut mempunyai fungsi sebagai sensor ECG dan ianya ditawarkan secara eksklusif pada versi Pro sahaja.
Skrin Paparan
Tumpuan pasti terarah kepada paparan yang dimiliki HUAWEI Watch Fit 4 Pro dimana ianya tampil dengan panel AMOLED berukuran 1.82-inci yang sangat cerah dan boleh digunakan dengan selesa walaupun dibawah cahaya matahari yang terik.
Panel yang digunakan ini mampu menawarkan kecerahan sehingga 3000 nits yang setaraf seperti yang ditawarkan pada jam tangan pintar HUAWEI Watch 5. Paparan yang digunakan pada Fit 4 Pro ini adalah sangat berkualiti tinggi dan HUAWEI telah melakukan optimasi OS yang baik yang memaksimakan panel ini.
Dalam pada itu, skrin ini juga boleh berfungsi sebagaj flashlight, mempunyai sokongan AOD dan raise to wake.
Ciri Kecergasan & Kesihatan
HUAWEI Watch Fit 4 Pro memilik enam sensor yang mengukur kadar pernafasan, SpO2 (paras oksigen darah), suhu badan, tekanan darah dan kadar denyutan jantung. Secara teorinya, sensor ini menawarkan kadar ketepatan 98% dengan ralat bacaan di bawah 2%, berbanding dengan peralatan perubatan yang diperakui.

Memandangkan Watch Fit 4 Pro ini adalah peranti kelas midrange, ianya tidak hadir dengan ciri Health Glance namun jam kecergasan Pro ini masih menawarkan liputan kesihatan yang menyeluruh yang mana kesemua data kesihatan ini boleh diakses melalui aplikasi HUAWEI Health.
Satu ciri yang pasti dihargai pada Watch Fit 4 Pro ini adalah ciri ECG dimana HUAWEI telah memperoleh penarafan ECG beberapa tahun lalu yang membolehkannya mengumpul data irama jantung.
Bacaan ECG boleh dibuat dengan meletakkan jari telunjuk pada butang function selama 30 saat tanpa sebarang pergerakan.
Selain itu, Watch Fit 4 Pro juga mempunyai pensijilan EN 13319 yang bermaksudnya ianya boleh digunakan untuk aktiviti menyelam dengan penarafan kalis air sehingga 40m selain turut mempunyai pensijilan IP6X.
Seterusnya adalah ciri Trail Run yang mana ianya menawarkan maklumat persekitaran dan data cuaca yang dihantar ke pergelangan tangan anda menggunakan barometer baharu dan sistem GPS HUAWEI Sunflower.
Sistem Kedudukan HUAWEI Sunflower ini dikuasakan oleh Antena Sunflower serba baharu Huawei dan algoritma dalaman yang eksklusif. Ia menjejak isyarat satelit dengan bijak untuk memastikan kedudukan yang lebih baik semasa anda berlari, berjalan dan menunggang basikal.
Secara keseluruhan, HUAWEI Watch Fit 4 Pro menawarkan sokongan lebih dari 100 aktiviti kecergasan dan mod golf yang digunakan ditawarkan secara meluas pada HUAWEI Watch dan Fit Series. Ianya juga tampil dengan pelbagai ciri sampingan seperti Voice Notepad, Quick Message Replies, panggilan melalui Bluetooth, screenshot Watch dan Remote Shutter.
Bateri
HUAWEI Watch Fit 4 Pro memiliki bateri berkapasiti 400mAh yang sama seperti pada HUAWEI Watch Fit 4 namun ianya boleh dicaj lebih pantas iaitu hanya 60 minit untuk sampai ke tahap 100% menggunakan HUAWEI WATCH Wireless SuperCharger generasi kedua.
Bercakap mengenai jangka hayat bateri pula, pengguna boleh menikmati sehingga 10 hari jangka hayat bateri namun secara purata boleh menjangkakan sehingga 7 hari jangka hayat purata bateri. ( Ianya akan menjadi hanya 4 hari jika ciri AOD di aktifkan).
Penutup
HUAWEI Watch Fit 4 Pro adalah jam kecergasan yang merapatkan jurang dengan Watch GT Series yang dimana kedua model ini menawarkan fungsi yang hampir sama namun pada harga yang berbeza.
Jika anda memerlukan sebuah jam yang lebih fokus kecergasan dan kesihatan, Watch Fit 4 Pro adalah pilihan yang tepat namun jika anda mempunyai bajet yang berlebih, HUAWEI Watch 5 Series mungkin boleh dipertimbangkan.
HUAWEI Watch Fit 4 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.
Dapatkan HUAWEI Watch Fit 4 Pro di SINI