Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : iQOO Neo 10 – telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 – prestasi gaming luar biasa

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 1

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 2iQOO Neo 10

Pengenalan

Anak syarikat vivo iaitu iQOO adalah jenama yang memiliki portfolio produk yang mensasarkan kepada pengguna muda dan secara konsisten memperkenalkan telefon pintar yang menawarkan nilai belian yang sangat berbaloi.

Awal tahun ini, iQOO telah memperkenalkan telefon pintar iQOO 13 yang tampil dengan cipset terbaru Qualcomm dan sistem kamera yang baik, sekaligus memberikan cabaran kepada telefon pintar flagship yang lebih mahal.

Kini, pelancaran iQOO Neo 10 di Malaysia dilihat sebagai satu lagi percubaan syarikat ini untuk mengugat pasaran kelas midrange dimana telefon pintar ini menjadi telefon pintar pertama di Malaysia untuk hadir dengan cipset Snapdragon 8s Gen 4 dan bateri yang berkapasiti tinggi.

Berikut adalah ulasan iQOO Neo 10 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 bagi versi 12/256GB dan RM 2,199 bagi versi 16/512GB.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 3

Reka Bentuk

Sekilas pandang, iQOO Neo 10 memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti iQOO 13 terutamanya pada bahagian belakang yang menempatkan modul kamera.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 4

Telefon pintar ini menerapkan rekaan ‘flat’ namun masih terdapat lengkungan pada sisi yang menjadikanya lebih mudah untuk dipegang dan digunakan. Ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iatu Desert Gold dan Astral Black.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 5

Selain itu, iQOO Neo 10 juga hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP65 dan juga telah lulus ujian ketahanan gred ketenteraan MIL-STD-810H hasil penggunaan teknologi seperti Shield Glass, Diamond Anti-Drop Film dan struktur yang menyerap hentakan.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 6

Seterusnya, iQOO Neo 10 memiliki kerangka yang mengikut warna pilihan dan mempunyai ketebalan 8.09mm dengan berat 206gram.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 7

Skrin Paparan

iQOO Neo 10 hadir dengan skrin paparan Eyecare AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar kecerahan maksima 2,000nits.

Menariknya, iQOO Neo 10 juga memiliki Supercomputing Chip Q1 yang membolehkan pengguna menikmati visual yang lebih baik pada aplikasi permainan video melalui ciri Gaming Super Resolution dan Game Frame Interpolation. Chip Q1 ini juga akan menawarkan visual yang lebih jelas, lancar dan imersif pada aplikasi penstriman seperti YouTube and Netflix, Amazon, Mola TV dan MX Player.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 8

Walaupun hadir sebagai telefon pintar kelas midrange, iQOO Neo 10 memiliki bezel sisi skrin yang simetri pada kesemua sisi dan panel skrin telefon pintar ini juga telah menerima beberapa pensijilan SGS yang termasuk pensijilan Low Blue Light, Low Flicker, dan Five-Star Sunlight Readable Display.

Selain itu, panel skrin iQOO Neo 10 ini dilihatkan menawarkan pengalaman visual yang baik dengan pelbagai tetapan untuk menyesuaikan paparan mengikut keperluan yang termasuk warna, kadar segar semula dan banyak lagi.

Dalam pada itu, iQOO Neo 10 juga hadir dengan sensor capjari dalam skrin (optikal) dan ianya juga dilapisi gelas keselamatan Shield Glass yang menjadikanya 150% lebih tahan jatuh berbanding generasi sebelum ini menjadikan jatuhan yang tidak disengajakan bukan lagi satu kebimbangan.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 9

Pemproses

iQOO Neo 10 merupakan telefon pintar pertama di Malaysia untuk hadir dengan cipset Snapdragon 8s Gen 4 yang telah memperoleh lebih 2,421,700 mata hasil penggunaan proses fabrikası 4nm yang sama seperti pada Snapdragon 8 Elite.

Selain itu, cipset ini juga memiliki GPU yang sama seperti pada Snapdragon Elite iaitu Adreno 825. Bersama cipset ini turut disertakan dengan 12/16GB RAM jenis UFS 4.1 dan storan dalaman 256GB/512GB.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 10

Seterusnya, iQOO Neo 10 ini dikuasakan antaramuka ColorOS 15 yang berasaskan Android 15 dan  ulasan kami tentanh iQOO 13 sebelum ini memberikan kami gambaran jelas mengenai UI dan ciri-ciri pada telefon pintar ini.

Antara ciri yang dikuasakan AI yang turut ditawarkan pada iQOO Neo 10 adalah Note Assist, AI Transcript Assist, vivo Live Call Translation dan Circle to Search with Google.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 11

Memungkingkan kesemua ciri ini dapat digunakan pada tahap maksima adalah sistem penyejukan 7K Ultra VC Cooling yang memberikan penyejukan lebih berkesan.

Seterusnya, untuk isyarat telekomunikasi dan wifi yang lebih baik, iQOO Neo 10 memiliki 360° surround antenna yang memastikan tiada sudut telefon pintar yang akan melemahkan isyarat rangkaian ataupun wifi.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 12

Kamera

iQOO Neo 10 menampikan dua kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 50MP adalah sensor IMX882 dengan aperture f/1.9 bersama sensor ultrawide 8MP.

Dalam pada itu, kamera selfie adalah 32MP yang dilihat mampu menawarkan pengguna pretasi kamera selfie yang memuaskan.

Bercakap mengenai kualiti gambar, sensor utama memberikan kami hasil gambar yang amat menarik namun masih ada ketidaksempurnaan yang kelihatan jelas yang menjadikanya masih belum berada pada tahap terbaik.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 24

Bateri

iQOO Neo 10 hadir dengan bateri berkapasiti 7,000mAh  juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 120W FlashCharge yang disertakan didalam kotak bersama kabel dan adapter pengecasan USB-C to USB-C yang agak jarang ditawarkan oleh pengeluar.

iQOO mendakwa bahawa teknologi pengecasan 120W ini mampu memenuhkan bateri iQOO Neo 10 ke tahap 50% didalam masa 19 minit manakala pengecasan penuh akan selesai didalam masa 36 minit sahaja.

Selain itu, bagi yang arif tentang ketahanan bateri bagi tempoh jangka panjang, iQOO juga menawarkan plihan untuk menyahaktifkan pengecasan pantas dan memilih untuk mengecas peranti pada kaedah ‘optimized’.

Dalam pada itu, iQOO Neo 10 juga menyokong pengecan pantas 100W PD/PPS protocol dan 44W UFCS protocol.

ULASAN : iQOO Neo 10 - telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4 - prestasi gaming luar biasa 25

Penutup

iQOO Neo 10 memiliki tugas yang sama seperti iQOO 13 iaitu menjadi ‘pengacau’ didalam pasaran masing-masing. Jika iQOO 13 mengugat kedudukan kebanyakkan telefon pintar flagship, iQOO Neo 10 pula mengugat kedudukan kebanyakkan telefon pintar kelas midrange.

Pada harga dari RM 1,999, iQOO Neo 10 pasti akan diberikan perhatian oleh pengguna terutamanya bagi mereka yang mahukan sebuah telefon pintar gaming yang berkemampuan tinggi.

Dapatkan iQOO Neo 10 di Malaysia sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.