Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Neo 10 dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 kini di Malaysia – dari RM 1,999

iQOO Neo 10 dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 kini di Malaysia - dari RM 1,999 1

iQOO Neo 10 dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 kini di Malaysia - dari RM 1,999 2

iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar iQOO Neo 10 untuk pasaran Malaysia yang merupakan telefon pintar untuk hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 4.

iQOO Neo memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K bersama kadar segar semula 144Hz dan cip Q1 Intelligent Display.

Selain itu, iQOO Neo 10 ini dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X serta dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB. Ianya turut hadir dengan Funtouch OS 15 yang membawakan ciri AI seperti AI Image Expander, AI Note Assist , AI Image Studio, Circle to Search by Google, AI Eraser dan banyak lagi.

Beralih kepada kamera, iQOO Neo 10 tampil dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS dan sensor 8MP manakala kamera selfie adalah sensor 32MP.

Ke bahagian bateri pula, Neo 10 disertakan dengan bateri 7,000mAh bersama pengecasan pantas 120W FlashCharge. Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah NFC, pembesar suara stereo dan penarafan kalis air dan debu IP65.

iQOO Neo 10 dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 kini di Malaysia - dari RM 1,999 3

Akhir sekali, iQOO Neo 10 akan ditawarkan pada harga RM 1,999 bagi versi 12/256GB yang ditawarkan secara eksklusif di atas talian manakala versi 16/512GB akan ditawarkan pada harga RM 2,199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.