HONOR 400 Series kini ditawarkan melalui 4 telko utama di Malaysia – percuma dengan pelan terpilih

Selepas pelancaran dan jualan hari pertama yang berjaya, Siri HONOR 400 terus mengorak langkah dalam mentakrif semula inovasi telefon pintar flagship. Siri ini menyediakan teknologi kamera canggih, keupayaan AI Imaging generasi baharu serta spesifikasi berkelas flagship semuanya pada harga yang bermula serendah RM1,899.
Lebih menarik, HONOR 400 Series bukan sahaja ditawarkan dengan komitmen bulanan serendah RM1 sahaja, tetapi model Pro boleh dimiliki secara PERCUMA dengan pelan telco terpilih! Pengguna boleh berjimat sehingga RM2,699!
Berikut pakej pascabayar yang ditawarkan oleh CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes untuk Siri HONOR 400.
Dapatkan Siri HONOR 400 Serendah RM1 Sebulan Dengan CelcomDigi!
Nikmati nilai tiada tandingan bagi HONOR 400 daripada hanya RM1 sebulan atau HONOR 400 Pro daripada RM10 sebulan, eksklusif menerusi pelan CelcomDigi One Ultra. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.
Bawa Pulang Siri HONOR 400 Mulai Daripada RM25 Sebulan Dengan Maxis
Selain itu, Siri HONOR 400 juga boleh dimiliki menerusi pelan pascabayar Maxis. HONOR 400 Pro ditawarkan pada RM30 sebulan manakala HONOR 400 versi 512GB boleh dimiliki pada RM25 sebulan. Kunjungi laman sesawang rasmi Maxis untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Siri HONOR 400 ini.
Miliki HONOR 400 Pro Secara PERCUMA Dengan U Mobile
Percaya atau tidak, HONOR 400 Pro kini PERCUMA apabila anda melanggan pelan U Family, menjimatkan sebanyak RM2,699! Dapatkan butiran lanjut mengenai tawaran ini di laman sesawang rasmi U Mobile.
Siri HONOR 400 PERCUMA Dengan Pelan Pascabayar Yes Infinite+ Premium!
Dengan rangkaian Yes 5G, HONOR 400 Pro juga boleh dimiliki secara PERCUMA melalui pelan Infinite+ Premium. Manakala HONOR 400 ditawarkan pada harga menarik iaitu hanya RM9 sebulan menerusi pelan Infinite+ Standard. Kunjungi laman sesawang rasmi Yes untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini.
Jerayawara Siri HONOR 400 Kini di IOI City Mall Putrajaya!
HONOR sedang menganjurkan Jerayawara Siri HONOR 400 di IOI City Mall Putrajaya sehingga 8 Jun 2025. Sertai HONOR untuk alami aktiviti Time Machine dan Next-Gen AI Imaging di mana foto anda akan diubah menjadi sebuah video kreatif selama lima saat! Daftar sekarang di sini bagi alami perjalanan AI ini.
Selain IOI City Mall, Jerayawara Siri HONOR 400 juga akan menjelajah ke AEON Tebrau City, Johor Bahru (1-6 Julai 2025), diikuti dengan by Queensbay Mall, Pulau Pinang (16-20 Julai 2025).
Pautan untuk pendaftaran Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience: https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/