Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,299 sahaja

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,299 sahaja 1

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,299 sahaja 2Infinix secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Infinix GT 30 Pro yang mana pelancaran global telefon pintar ini telah berlangsung di Malaysia.

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,299 sahaja 3

Infinix GT 30 Pro akan hadir dengan skrin paparan 144Hz AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K, dikuasakan cip Dimensity 8350 Ultimate bersama 12GB RAM serta dua kapasiti storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,299 sahaja 4

Sebagai sebuah telefon pintar gaming, Infinix GT 30 Pro akan hadir dengan rekaan yang agresif iaitu Cyber Mecha Design 2.0 dengan lampu RGB dan terdapat juga butang shoulder trigger untuk gaming serta penawaran kalis air dan debu IP64.

Seterusnya, Infinix GT 30 Pro akan hadir dengan sensor utama 108MP bersama ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Beralih kepada bateri, Infinix GT 30 Pro akan memiliki bateri berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan pantas 45W FastCharging dan pengecasan tanpa wayar 30W.m serta Bypass Charging 2.0.

Dalam pada itu, Infinix GT 30 Pro akan hadir dengan sensor capjari dalam skrin, IR Blaster, sokongan NFC dan sistem operasi XOS 15 yang berasaskan Android 15.

Infinix GT 30 Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,299 sahaja 5

Bercakap mengenai harga, Infinix GT 30 Pro akan ditawarkan pada harga RM 1,299 bagi versi 12/256GB dan RM 1,499 bagi versi 12/512GB didalam tiga Shadow Ash, Blade White dan Dark Flare (untuk versi 12/512GB sahaja). Setiap pembelian juga akan menerima MagCharge Cooler dan MagCase.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.