Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro

HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 1

HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 2

HONOR 400 Series akan dilancarkan di Malaysia didalam masa 3 hari sahaja lagi dan sebelum pelancaran rasmi, 22 Mei, beberapa jurufoto tempatan diberi peluang mencuba HONOR 400 Pro dan mereka telah meluahkan rasa kagum dengan keupayaan kamera telefon pintar ini, terutamanya ciri AI Super Zoom yang luar biasa.

Selepas mencuba HONOR 400 Pro selama beberapa minggu, jurufoto Nazer Noor amat tertarik dengan terhadap keupayaan camera peranti tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Nazer menyatakan kemampuan zum 50x pada HONOR 400 Pro amat mengagumkan walaupun merupakan peranti kelas pertengahan.

HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 3

AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro menawarkan kemampuan zoom dari dari 15x hingga 50x dan Nazer menggunakan ciri tersebut untuk merakam pemandangan, alam semula jadi dan bandar yang indah. Ciri berkuasa ini memastikan kualiti imej tetap terpelihara walaupun dari jarak jauh, hasil sokongan HONOR IMAGE Engine yang memperkenalkan inovasi AI tercanggih bagi menghebatkan lagi mutu fotografi telefon pintar.

Dalam pada itu, HONOR juga telah mengumumkan HONOR 400 Series akan hadir di dalam tiga varian bagi menawarkan pelbagai pilihan mengikut keperluan pengguna. HONOR 400 Pro akan hadir dengan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan ROM 512GB. Manakala versi standard akan ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dengan pilihan storan ROM 256GB atau 512GB.

Saksikan siaran langsung pelancaran HONOR 400 Series melalui laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 22 Mei 2025, jam 3 petang untuk ketahui spesifikasi lengkap, harga dan tawaran hadiah eksklusif terhad.

HONOR juga menjanjikan pengumuman istimewa semasa acara tersebut, jadi pastikan jangan ketinggalan untuk saksikan acara ini.

HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 4HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 5HONOR acah kemampuan ciri AI Super Zoom pada HONOR 400 Pro 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.