iQOO Neo 10 akan tiba di Malaysia – guna cip Snapdragon 8s Gen 4

iQOO secara rasminya telah mengesahkan bahawa iQOO Neo 10 akan dilancarkan di Malaysia, sebagai permulaan baharu era yang berani untuk Neo Series.
Dengan spesifikasi gred flagship dan titik harga yang melepasi jangkaan, iQOO Neo 10 bersedia untuk menggegarkan senario telefon pintar gaming di Malaysia.
iQOO Neo 10 dibangunkan khas untuk peminat permainan mudah alih dan pengguna kuasa digital generasi akan datang. Ini akan menjadi telefon pintar permainan pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 yang terkini, menjanjikan permainan yang lancar, multitasking yang pantas dan visual yang mengasyikkan.
Untuk rekod, iQOO Neo 10 akan menjadi model pertama iQOO Neo Series yang dilancarkan di Malaysia.