ULASAN : HONOR 400 Lite – AI Camera Button yang dilancarkan pada iPhone baharu kini tiba pada harga mesra poket

Pengenalan
HONOR 400 Series telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan memulakan gelombang pelancaran Number Series terbaru ini adalah HONOR 400 Lite yang merupakan model paling berpatutan didalam siri ini.
Hadir dengan reputasi ‘iPhone killer’, HONOR 400 Lite membawakan AI Camera Button atau lebih sinonim sebagai Camera Control seperti pada iPhone 16 Series namun pada harga yang jauh lebih berpatutan.
Selain itu, persamaan antara HONOR 400 Lite dengan iPhone tidak setakat itu sahaja, ianya menampilkan rekaan yang sama selain turut hadir dengan penambahbaikan menyeluruh.
Pelancaran HONOR 400 Lite sebagai iPhone killer sudah pastinya menarik perhatian peminat gadget tempatan dan berikut adalah ulasan telefon pintar terbaru HONOR yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299.
Reka Bentuk
Dengan jolokan iPhone killer, HONOR 400 Lite sudah pastinya akan mengingatkan anda kepada telefon pintar keluaran Apple dan rekaanya juga memberikan perasaan yang sama.
HONOR 400 Lite menampilkan rekaan panel belakang ‘soft touch’ yang premium dengan kemasan matte yang menawarkan rasa lembut dan mesra kulit. Ianya juga tampil pada profil yang nipis iaitu hanya 7.29mm dengan berat 171 gram.
Seterusnya, panel belakang HONOR 400 Lite juga mempunyai modul kamera belakang yang tampil didalam rekaan geometrik segitiga yang pasti mengingatkan anda kepada rekaan modul kamera telefon pintar flagship satu lagi syarikat dari China (YTYT).
Dalam pada itu, telefon pintar terbaru HONOR ini juga telah menerima penarafan kalis jatuhan SGS Five-Star Drop Resistance Certification yang pastinya memberikan anda jaminan bahawa telefon pintar ini mempunyai sifat tahan lasak yang mampu mengharungi senario kehidupan harian. Ianya juga memiliki pensijilan kalis air IP56 yang memberikan perlindungan daripada elemen air dan habuk.
Bercakap mengenai kerangka telefon pintar HONOR ini, ianya diperbuat daripada keluli yang tampil sama seperti warna peranti dan bercakap mengenai warna, HONOR 400 Lite akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Velvet Grey dan Marrs Green seperti unit ulasan kami.
Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar Android lain dipasaran, HONOR 400 Lite memiliki satu butang tambahan pada sisi kanan yang dikenali sebagai AI Camera Button yang secara asasnya mempunyai fungsi kawalan kamera seperti mengambil gambar, fokus, zoom dan menukar ke mod rakaman video. Kita akan bercakap lebih lanjut tentang kegunaan butang ini pada bahagian kamera.
Beralih kepada bahagian hadapan, HONOR 400 Lite menampilkan reka bentuk skrin paparan yang mempunyai sisi bulat dengan saiz bezel yang kecil dan simetri. Panel ini berukuran 6.7-inci dengan nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 93.7%.
Secara keseluruhan, reka bentuk HONOR 400 Lite adalah premium walaupun pada harga yang lebih mesra poket dan mengangkat telefon pintar ini sebagai pembunuh iPhone boleh dikatakan tepat pada aspek ini.
Skrin Paparan
HONOR 400 Lite menampilkan skrin paparan Sunshine AMOLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,500nits yang memberikan pengalaman pengunaan skrin yang jelas walaupun dibawah persekitaran bercahaya tinggi.
Selain itu, panel AMOLED yang digunakan pada 400 Lite ini adalah panel 2K (2412 x 1080 piksel) dengan kepadatan piksel 394ppi untuk pengalaman visual yang luar biasa.
Bercakap mengenai tetapan kadar segar semula yang ditawarkan, HONOR 400 Lite menawarkan kadar segar semula maksima 120Hz namun terdapat tiga kadar yang ditawarkan iaitu Dynamic, Standard dan High.
Sinonim dengan produk HONOR adalah teknologi penjagaan mata yang menyeluruh dan 400 Lite memiliki 7 parameter penjagaan mata yang boleh diaktifkan mengikut kesesuaian seperti 3840Hz PWM Dimming, Dynamic Dimming, Circadian Night, dim-light adjustment, low blue light (hardware), e-book mode dan dark mode.
Seterusnya, telefon pintar iPhone killer ini juga hadir dengan ciri sensor capjari (sensor optikal) dalam skrin, sesuatu yang tidak ditawarkan pad peranti Apple dan kami juga agak kagum dengan kecekapan dan kepantasan sensor yang digunakan ini.
Persoalan yang bermain difikiran kami adalah samada panel skrin HONOR 400 Lite ini memiliki sebarang gelas keselamatan yang tahan lasak namun HONOR tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya.
Pemproses
HONOR 400 Lite dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra yang merupakan cipset octa-core berprestasi tinggi. Ianya adalah cip kelas midrange yang dipadan dengan 8GB/12GB RAM + 8GB RAM Turbo dan storan dalaman 256GB.
Menariknya, 400 Lite ini hadir dengan sistem operasi terbaru HONOR iaitu Magic OS 9.0 yang berasaskan Android 15 yang membawakan beberapa ciri AI seperti Magic Portal, Circle to Search, AI Translation, AI Eraser dan AI Outpainting.
Magic Portal
Ciri Magic Portal adalah ciri yang memudahkan kerja-kerja anda dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya perlu bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan buku jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.
AI Translate
AI Translate mengatasi batasan bahasa dalam perbualan . Ianya menawarkan sokongan terjemahan pantas dalam 13 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Jepun dan Korea semasa perbualan bersemuka dan HONOR juga komited untuk menawarkan sokongan bagi lebih banyak bahasa dari semasa ke semasa. Terdapat dua mod (audio) Chat yang ditawarkan iaitu Conversation dan Face to Face manakala Interpreter (teks) pula adalah terjemahan secara langsung dari audio yang dicakap.
Google Gemini
Aplikasi Google Gemini pada HONOR 400 Lite ini hadir sebagai pembantu AI yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka. Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk membantu mereka belajar, memikirkan idea, menulis, merancang acara dan banyak lagi. Melalui teks, suara, gambar dan kamera, pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan cara baharu.
Untuk mengaktifkan Gemini, anda hanya perlu menekan lama butang Power untuk beberapa saat.
Circle to Search
Ciri Circle to Search kini telah menjadi sangat popular dimana hampir semua telefon pintar Android memiliki ciri
yang memudahkan carian di Google. Anda hanya perlu menekan lama butang bulat atau bar ditengah dan bulatkan sahaja apa yang anda lihat pada skrin untuk memulakan pencarian di Google.
Smart Vision (Google Lens)
AI Camera Button pada HONOR 400 Lite ini juga menawarkan fungsi sebagai butang untuk mengaktifkan Smart Vision dan ianya menawarkan beberapa mod seperti berikut :
Search Mode – ambil gambar foto kucing, tumbuhan atau bangunan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Untuk membeli-belah, gunakan Lens untuk mengambil gambar beg tangan atau kasut untuk mendapatkan harga dan pautan ke stor dalam talian.
Homework Mode – Tangkap foto soalan atau sejarah matematik, kimia dan biologi untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian langkah demi langkah daripada Google.
Translate Mode – Pilih bahasa pilihan anda. Kemudian imbas perenggan atau baris perkataan dalam bahasa asing untuk menterjemah teks dalam secara langsung ke bahasa pilihan anda.
Tekan dan ‘hold’ butang AI Camera Button untuk mengaktifkan Google Lens.
Bercakap mengenai sokongan OS dan kemaskini keselamatan, HONOR tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya namun kita boleh menjangkakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kemaskini Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan.
Kamera
HONOR 400 Lite hadir dengan sistem kamera yang berkemampuan tinggi iaitu sensor utama 108MP f/1.75 bersama sensor wide & depth 5MP f/2.2 yang mampu memberikan hasil fotografi yang cukup baik kepada pengguna. Ianya menawarkan pengzooman yang baik iaitu pada kadar 3x yang dikatakan sebagai lossless zoom.
Seterusnya, HONOR 400 Lite juga hadir dengan butang AI Camera Button yang mempunyai fungsi sama seperti pada iPhone. Butang khas ini membolehkan fotografi pada mod landskap yang lebih mudah dimana AI Camera button boleh digunakan sebagai butang Shutter ( tekan butang untuk melancarkan kamera dan tekan sekali lagi untuk ambil gambar), merakam video ( tekan dan pegang) dan zoom (meleret butang untuk zoom).
Dalam pada itu, HONOR 400 Lite juga memiliki sensor kamera selfie 16MP dan tidak lupa adalah ciri underwater photography’ yang membolehkan anda mengambil gambar dan video didalam air menggunakan AI Camera Button.
Seterusnya, telefon pintar HONOR ini juga disertakan dengan ciri AI seperti AI Eraser dan AI outpainting yang mempunyai fungsi seperti berikut :
AI Eraser
Dengan hanya membulatkan objek yang tidak dikehendaki, AI Eraser mampu membuang objek tersebut dengan pantas bagi menonjolkan subjek dalam gambar.
AI Outpainting
AI Outpainting memanfaatkan kecerdasan buatan yang membolehkan anda meluaskan sempadan gambar dengan ajaib. Ciri ini mencipta komposisi gambar baharu yang seimbang dan sepadan dengan persekitaran berdasarkan analisis kandungan serta struktur gambar asal.
Secara asasnya, AI Outpainting adalah perkakas berkuasa untuk meningkatkan komposisi, membaiki kesalahan bingkai dan meningkatkan kreativiti dalam fotografi. Ciri ini menjimatkan masa dan usaha pengguna dalam pasca pemprosesan di samping membuka kemungkinan baharu untuk pemceritaan visual.
Seterusnya, HONOR 400 Lite juga menawarkan mod portrait yang menarik iaitu Street Style Portrait dan terdapat tiga mod iaitu Environmental Portrait, Classic Portrait dan Close-up Portrait.
Bateri
HONOR 400 Lite dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,230mAh yang mampu memberikan anda sehingga 22 jam waktu menonton YouTube atau sehingga 14.75 jam di TikTok. Bersama bateri ini juga terdapat sokongan pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge yang memberikan pengecasan ke tahap 52% didalam masa 30 minit manakala pengecasan ke tahap 100% pula memgambil masa 73 minit.
Penutup
HONOR 400 Lite memasuki pasaran sebagai telefon pintar iPhone killer dan telefon pintar ini dilihat telah mampu memberikan anda pengalaman AI Camera Button yang hampir sama seperti pada iPhone 16 Series.
Selain AI Camera Button, HONOR 400 Lite masih sebuah telefon pintar Android dan ianya hadir spesifikasi kelas midrange dengan pelbagai ciri AI dan sistem kamera yang berkemampuan tinggi.
Akhir kata, HONOR 400 Lite 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,299 sahaja.
Dapatkanya di stor atas talian rasmi HONOR Malaysia.