HONOR 400 Lite 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 – memiliki AI Camera Button seperti iPhone 16

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar iPhone killer iaitu HONOR 400 Lite 5G kini ditawarkan di Malaysia
Terus ke spesifikasi, HONOR 400 Lite hadir dengan skrin paparan AMOLED 2K berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semulajadi 120Hz, kecerahan maksima 3,500nits dan bezel sisi simetri yang nipis.
Ianya dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7350-Ultra, 12GB RAM + 8GB HONOR Turbo dan storan dalaman 256GB. Ianya hadir dengan Magic OS 9.0 (Android 15) yang membawakan ciri AI seperti Magic Portal, AI Eraser, AI Outpainting, AI Translate, Circle to Search dan Smart Vision.
Seterusnya, 400 Lite memiliki sensor utama 108MP bersama sensor wide & depth 5MP dan ianya turut memiliki AI Camera Button seperti pada iPhone 16 yang menawarkan fungsi kawalan kamera seperti membuka aplikasi kamera, mengambil gambar, merakam video, fokus dan zoom. Kamera selfie adalah 16MP.
Lain-lain spesifikasi HONOR 400 Lite adalah sensor capjari dalam skrin, penarafan IP65, bateri 5,230mAh dan pengecasan pantas 35W SuperCharge.
Akhir sekali, HONOR 400 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 didalam dua pilihan warna iaitu Velvet Grey dan Marrs Green dengan tambahan 1 tahun waranti.
Dapatkan HONOR 400 Lite di stor rasmi HONOR Malaysia.