Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab S10 FE Series – 2 model seiras yang ideal untuk kreativiti

Samsung Galaxy Tab S10 FE Series telah diumumkan secara rasmi baru-baru ini dan telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia bermula 8 Mei ini pada harga dari RM 2,199.
Menariknya, Samsung telah menyusun semula strategi produk tablet mereka dengan prinsip My Way, My Tab dimana Samsung sedar bahawa memilih tablet yang betul bukan hanya mengenai spesifikasi atau prestasi—ia mengenai keserasian. Ia mengenai memiliki tablet yang bukan sahaja berguna, tetapi berguna seperti yang anda mahu.
Dengan siri Galaxy Tab, Samsung telah mencipta lebih daripada koleksi tablet—ia merupakan spektrum identiti, setiap satu direka untuk memadankan perspektif, keutamaan dan personaliti yang berbeza.
Galaxy Tab FE Series adalah tablet yang ideal untuk anda menunjukkan sifat kreatif anda dan berikut adalah pandang pertama Galaxy Tab S10 FE Series yang ditawarkan didalam dua versi iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+.
Prestasi yang Power!
Kedua-dua tablet Samsung Galaxy Tab S10 FE Series ini dikuasakan cip Exynos 1580 yang merupakan cipset flagship terbaru Exynos yang terbukti lebih berkuasa.
Apabila dibandingkan dengan cip Exynos 1380 yang digunakan pada Galaxy Tab S9 FE, ianya menawarkan 34% peningkatan prestasi CPU, 43% peningkatan pretasi GPU dan 200% kuasa NPU.
Ini menjadikan kedua tablet ini sangat ideal untuk golongan kreatif yang menginginkan peranti untuk melakar idea, menulis cerita atau mereka bentuk karya agung yang seterusnya.
Selain itu, Galaxy Tab S10 FE Series juga hadir dengan pelbagai aplikasi eksklusif, multi-window dan mod DeX.
Lebih Efisien dengan Awesome Intelligence
Samsung Galaxy Tab S10 FE membawakan awesome intelligence seperti pada Galaxy A Series dengan ciri Circle to Search with Google dan Note Assist yang membawakan fungsi Solve Math yang mana AI mengesan perhitungan matematik pada tulisan anda dan secara automatik mampu menyelesaikan formula yang kompleks.
Handwriting Help pula adalah ciri dimana AI membantu menjajarkan dan meluruskan tulisan tangan untuk kebolehbacaan yang lebih baik.
Rekaan Premium Flagship
Samsung Galaxy Tab S10 FE Series adalah tablet yang sangat nipis dan Samsung juga mendakwa bahawa Galaxy Tab S10 FE+ hadir dengan skrin paparan yang 12% lebih besar iaitu berukuran 12.9-inci pada S9 FE+ kepada 13.1 pada S10 FE+.
Selain itu, Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ juga hadir dengan kerangka yang sangat nipis iaitu hanya 6mm dan ini menjadikanya sangat ideal untuk dibawa kemana sahaja untuk kerja dan hiburan yang mudah alih. Tidak lupa, kedua tablet ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk.
S Pen percuma dalam kotak!
Kedua-dua tablet Galaxy Tab S10 FE Series ini memiliki stylus S-Pen yang tersedia percuma didalam kotak yang sudah pastinya sangat berguna untuk pengguna yang suka membuat lakaran digital, mencatat nota syarahan dan banyak lagi.
Selain S Pen, promosi pembelian terawal juga melayakkan pengguna menerima ITFIT Book Cover Keyboard bernilai sehingga RM 499 yang membolehkan anda menikmati pengalaman seperti menggunakan komputer riba.
Skrin paparan 90Hz dengan Vision Booster
Kedua tablet Galaxy Tab S10 FE Series ini hadir dengan skrin paparan 90Hz yang berukuran 10.9-inci & 13.1-inci yang memiliki bezel nipis iaitu hanya 8.1mm (Tab S10 FE+) dan 8.5mm (Tab S10 FE).
Paparan ini juga menawarkan kadar kecerahan maksima sehingga 800nits (HBM).
Dapatkan Samsung Galaxy Tab S10 FE Series sekarang!
Samsung Galaxy Tab S10 FE Series telah diumumkan secara rasmi dan akan mula dijual di Malaysia dari 8 Mei ini pada harga seperti berikut :
- Samsung Galaxy Tab S10 FE 12/256GB Wi-Fi – RM 2,199
- Samsung Galaxy Tab S10 FE 12/256GB 5G – RM 2,699
- Samsung Galaxy Tab S10 FE+ 12/256GB Wi-Fi – RM 2,799
- Samsung Galaxy Tab S10 FE+ 12/256GB 5G – RM 3,299
Samsung kini menawarkan ebaucar bernilai RM 200 bagi pembelian Galaxy Tab S10 Series pada harga RM 20 sahaja (sehingga 7 Mei). Dapatkanya di SINI
Bermula 8 Mei sehingga 15 Jun, setiap pembelian Galaxy Tab S10 Series akan menerima ITFIT Book Cover Keyboard bernilai sehingga RM 499 dan rebat trade-in tambahan bernilai RM 200.
Akhir sekali, Galaxy Tab S10 FE akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Gray, Silver dan Blue.