Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO C71 kini rasmi di Malaysia – telefon pintar Entry-Level berharga RM 299 sahaja

POCO C71 kini rasmi di Malaysia - telefon pintar Entry-Level berharga RM 299 sahaja 1

POCO C71 kini rasmi di Malaysia - telefon pintar Entry-Level berharga RM 299 sahaja 2

POCO secara rasminya telah mengumumkan penawaran POCO C71 di Malaysia pada harga bermula dari RM 299 sahaja.

Terus ke spesifikasi, POCO C71 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.68-inci dengan 120Hz AdaptiveSync dan pelbagai ciri penjagaan mata yang menyeluruh. Ianya tampil didalam rekaan yang menarik dengan ketebalan hanya 8.26mm.

Selain itu, POCO C71 dikuasakan cip UNISCO T7250 yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 83% berbanding generasi sebelum ini, 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 64GB atau 128GB.

Seterusnya, C71 ini juga memiliki sensor utama 32MP bersama satu sensor sampingan serta kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, telefon pintar entry level ini hadir dengan bateri 5,200mAh bersama pengecasan pantas 15W dan mampu mengekalkan tahap kesihatan bateri yang baik walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

POCO C71 akan ditawarkan di Malaysia melalui stor POCO di Shopee, Lazada, dan mi.com didalam tiga warna iaitu Black, Gold dan Blue.

POCO C71 akan ditawarkan pada harga promosi RM 269 (RRP RM 299) bagi versi 3/64GB dan RM 319 (RRP RM 399) bagi versi 4/128GB. Promosi ini sah sehingga 9 Mei 2025.

Dapatkan POCO C71 di mi.com Lazada | Shopee 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.