HONOR PORSCHE DESIGN Magic7 RSR kini mula dijual – RM 6,999

Telefon pintar mewah HONOR PORSCHE DESIGN Magic7 RSR kini telah muladijual di seluruh negara hari ini. Peranti eksklusif ini menawarkan gabungan unik estetika kereta sport Porsche dan teknologi canggih.
Selain itu, Telefon pintar ini telah mendapat perhatian ramai selepas diperkenalkan di pentas pelancaran rasmi di Malaysia awal Januari kerana ianya mempunyai pengimejan, paparan, prestasi dan interaksi sistem yang dipertingkatkan.
Justeru, peminat boleh mencuba dan mendapatkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR di 16 HONOR Store terpilih atau menerusi kedai dalam talian HONOR Malaysia.
Lebih lanjut, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR hadir dengan 24GB RAM dan storan dalaman 1TB pada harga RM6,999. Peranti ini tersedia dalam dua warna menawan inspirasi daripada Porsche. Warna baharu Provence adalah ungu moden yang memberi sentuhan mewah pada reka bentuk dan kefungsian peranti. Manakala Agate Grey klasik adalah tona warna elegen dengan unsur maskulin dan sporty.
Selain itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR juga didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,597 yang termasuk jaminan waranti tambahan 1 tahun, penggantian one-to-one 180 Hari dan pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge. Tambahan pula, pembeli juga boleh membeli jam tangan pintar HONOR Watch 5 yang bernilai RM599 pada harga RM9.90 sahaja dengan pembelian PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sementara stok masih ada.