Samsung Galaxy S25 Edge diacah pada Unpacked 2025 – rekaan nipis

Awal pagi tadi Samsung telah melancarkan Galaxy S25 Series di Samsung Unpacked dan ianya juga telah mengacah pelancaran Samsung Galaxy S25 Edge.
Samsung Galaxy S25 Edge adalah model telefon pintar yang tampil dengan rekaan lebih nipis dan laporan awal juga mengatakan ianya akan memiliki spesifikasi yang hampir sama seperti Galaxy S25+ namun dengan kamera dan bateri yang berlainan.
Selain itu, Samsung Galaxy S25 Edge juga disahkan akan memiliki dua sensor kamera namun maklumat sensor yang digunakan tidak didedahkan.
Dalam pada itu, nama Edge bukan sesuatu yang baharu pada keluarga Galaxy dan telefon pintar ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mei 2025.