Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series akan dilancarkan untuk pasaran global pada 12 Jun ini

Selain pelancaran Four-Layer AI Architecture di VivaTech, HONOR juga telah mengumumkan bahawa telefon pintar HONOR 200 Series dengan teknologi terbaru ini akan dilancarkan pada 12 Jun ini.

HONOR 200 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro yang akan membawakan beberapa ciri berasaskan AI seperti Portrait photography, yang dibangunkan dengan kerjasama Harcourt Studio.

Dalam pada itu, HONOR 200 Series akan dilancarkan pada 27 Mei ini di China dan segala maklumat spesifikasi, reka bentuk dan ciri AI telefon pintar ini akan diketahui dengan lebih mendalam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.