HUAWEI jadualkan pelancaran global pada 7 Mei ini – Pura 70 Series mungkin turut dilancarkan
HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan satu majlis pelancaran global akan berlangsung di Dubai pada 7 Mei ini.
Berdasarkan poster yang dikeluarkan, HUAWEI akan memperkenalkan produk wearable baharu( mungkin merujuk kepada Watch Fit3), MateBook Series dan MatePad Series.
Walaubagaimanapun, persoalan terbesar yang masih menjadi misteri adalah pelancaran global HUAWEI Pura 70 Series yang baru sahaja dilancarkan di pasaran China beberapa minggu lalu.
HUAWEI Pura 70 Ultra dilancarkan dengan sensor 1-inci ‘pop-up’ dan cip Kirin 9010
HUAWEI Pura 70 Series kini rasmi dengan kamera lebih padu dan cipset Kirin 9010
Buat masa ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada HUAWEI namun kita hanya boleh berharap bahawa Pura 70 Series akan ditawarkan dipasaran global dan tidak menerima nasib yang sama seperti Mate60 Series yang hanya ditawarkan di China.