Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Laman rasmi HONOR kini guna nama domain honor.com

Honor telah mengumumkan bahawa ianya telah beralih kepada penggunaan domain honor.com untuk laman sesawang rasmi syarikat ini, beralih dari domain hihonor.com yang digunakan sejak penubuhan syarikat ini.

Peralihan kepada domain honor.com dilihat sebagai satu lagi langkah positif syarikat ini yang menunjukkan pertumbuhan kukuh dipasaran global dan di Malaysia.

Selain itu, Honor juga telah memperkenalkan telefon pintar Magic6 Series di Malaysia baru-baru ini dan ianya turut memperkenalkan dua model RSR Porsche Design iaitu Magic6 RSR dan Magic V2 RSR yang memerlukan jemputan khas untuk pembelian.

Memandang ke hadapan, Honor menyasarkan untuk mendominasi pasaran Malaysia menjelang penghujung tahun ini sebelum mengorak langkah yang lebih besar dipasaran global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.