Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9b 5G kini ditawarkan dengan RAM dan storan dalaman lebih tinggi

HONOR secara rasminya telah mengumumkan versi baharu HONOR X9b 5G dengan storan 512GB bagi memenuhi permintaan pengguna.

HONOR X9b 5G adalah antara telefon pintar terlaris di Malaysia yang dilancarkan sebelum ini dengan storan 256GB.

Selain storan dalaman yang besar, peranti ini juga mencuri tumpuan ramai kerana paparan yang ultra kukuh serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

Sebagai tambahan kepada storan 512GB, HONOR X9b 5G turut menawarkan RAM 20GB ( 12GB RAM dan 8GB RAM virtual). Teknologi UFS 3.1 yang lebih canggih dari generasi sebelumnya memastikan peranti ini berfungsi pada prestasi tinggi, seterusnya mengurangkan masalah lengah ketika memuat turun fail. Pengguna juga dapat menikmati sepenuhnya sambungan kependaman rendah 5G.

HONOR X9b 5G kini ditawarkan di stor atas talian HONOR dan di kedai HONOR seluruh negara pada harga RM1,699 di dalam warna  Sunrise Orange dan  Midnight Black. Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM759, termasuk HONOR Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

Selain itu, HONOR X9b 5G varian 12/256GB kekal tersedia untuk pembelian pada harga diskaun RM1,399 di laman web HONOR dan anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM858 yang terdiri daripada HONOR Choice Earbuds X5, Penggantian panel hadapan dan belakang 365 hari, dan sarung telefon. Ia tersedia dalam tiga warna Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.