Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Z60 Ultra Photographer Edition akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,499

nubia secara rasminya telah mengesahkan bahawa nubia Z60 Ultra Photographer Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 4 April ini pada RM 3,699 (harga promosi) secara eksklusif di Lazada.

Antara perbezaan nubia Z60 Ultra Photographer Edition dengan model biasa nubia Z60 Ultra adalah penawaran teknologi of NeoVision AI Imaging dan rekaan kamera retro berasaskan kulit Vegan Leather-effect Retro Camera Design

Selain itu, nubia Z60 Ultra ini tampil dengan sistem kamera berkuasa tinggi dan buat pertama kali membawakan penarafan kalis air dan habuk IP68.

nubia Z60 Ultra menampilkan rekaan yang premium dimana ianya memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci pada bahagian hadapan dan panel ini juga menawarkan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 1,500nits.

Selain itu, nubia Z60 Ultra juga memiliki kamera UDC dibawah skrin iaitu beresolusi 12MP dan sensor ini juga memiliki cip dan enjin AI deep-sensing.

Beralih kepada cipset, nubia Z60 menjadi satu lagi peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama 16GB LPDDR5X RAM dan 512GB storan UFS 4.0 serta plat haba gred aeroangkasa dan ruang wap besar dengan gentian nanokarbon superkonduktor.

Beralih kepada kamera, nubia Z60 Ultra memiliki sensor utama 35mm f/1.6 50MP IMX800 yang memiliki OIS, sensor ultrawide  18mm f/1.8 50MP dengan pemfokusan auto dan tiga tahap OIS. Sensor zoom adalah sensor 85mm OmniVision OV64B 64MP yang juga memiliki OIS.

Seterusnya, nubia Z60 Ultra edisi khas ini juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W dan antaramuka nubia MyOS yang berasaskan Android 14.

nubia Z60 Ultra Photographer Edition akan ditawarkan di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 ( diskaun RM 800) dari 4 April sehingga 3 Mei 2024 secara eksklusif Lazada

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.