Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Pro kini dijual secara rasmi di Malaysia

Telefon pintar flagship terbaharu Siri Magic HONOR yang dinanti-nantikan, HONOR Magic6 Pro kini telah mula dijual di Malaysia pada harga RM 4,499.

HONOR Magic6 Pro  berjaya mencapai lima rekod DXOMARK bagi kategori kamera, paparan, audio, swafoto dan bateri. Malah, HONOR Magic6 Pro turut menerima lima Gold Label bagi kesemua kategori tersebut.

Honor Magic6 Pro Epi Green
Magic6 Pro didalam warna Epi Green

Selain itu, Magic6 Pro ini hadir didalam varian 12GB RAM dan storan 512GB  dalam dua pilihan warna iaitu Epi Green dan hitam Black pada harga RM4,499.

Setiap pembelian Magic6 Pro juga  akan menerima  hadiah percuma bernilai sehingga RM1,197 yang termasuk HONOR Earbuds X6, satu tahun jaminan waranti tambahan serta gantian skrin dan panel belakang percuma untuk tempoh 365 hari dari pembelian.

Seterusnya, HONOR Magic6 Pro kini tersedia di pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

HONOR turut menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan kini boleh membeli HONOR Magic6 Pro dengan bayaran serendah RM187 sebulan*.

Jom baca review HONOR Magic6 Pro kami :

ULASAN : HONOR Magic6 Pro – Magic terbaru HONOR yang patut diberi perhatian

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.