Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic9 Pro Max Kini Dibuka Untuk Tempahan Awal Di Malaysia, Tawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM5,006

HONOR Magic9 Pro Max Kini Dibuka Untuk Tempahan Awal Di Malaysia, Tawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM5,006 1

HONOR Magic9 Pro Max Kini Dibuka Untuk Tempahan Awal Di Malaysia, Tawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM5,006 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan pembukaan tempahan awal (Early Bird Exclusive) bagi telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic9 Pro Max, menjelang pelancaran rasminya di Malaysia pada 24 November 2026.

Tempahan awal ini dibuka mulai hari ini sehingga 23 November 2026, dengan pelanggan hanya perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM300 untuk mendapatkan peluang memiliki peranti yang digelar sebagai King of Cinematic Imaging itu.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi ini bakal menikmati pakej hadiah eksklusif dengan nilai keseluruhan sehingga RM5,006. Pakej tersebut merangkumi pelbagai hadiah misteri premium serta HONOR VVIP Magic Care+, iaitu tawaran perlindungan selepas jualan paling komprehensif yang pernah diperkenalkan oleh HONOR Malaysia setakat ini.

HONOR VVIP Magic Care+ Dengan Perlindungan Eksklusif

Menerusi kempen tempahan awal ini, HONOR Malaysia turut memperkenalkan HONOR VVIP Magic Care+, sebuah pakej khas yang ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan yang membuat tempahan awal HONOR Magic9 Pro Max.

Pakej ini direka untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna dengan beberapa perlindungan tambahan, termasuk:

  • VVIP 1-Year One-to-One Replacement – Kemudahan penggantian peranti secara satu-ke-satu selama setahun.
  • VVIP Extended Battery Replacement – Perlindungan penggantian bateri sehingga tiga tahun.
  • VVIP Lifetime Screen Protector Replacement – Penggantian pelindung skrin sepanjang tempoh hayat peranti.

Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Pengenalan pakej ini juga memperlihatkan komitmen HONOR Malaysia dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh, bukan sahaja dari segi teknologi dan prestasi peranti, malah sokongan selepas jualan kepada pelanggan.

Pelanggan boleh membuat tempahan awal di HONOR Experience Store terdekat, kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia serta platform rakan pengedar sah termasuk Senheng dan senQ.

HONOR Magic9 Pro Max Kini Dibuka Untuk Tempahan Awal Di Malaysia, Tawarkan Hadiah Percuma Bernilai RM5,006 3

Pelancaran Rasmi HONOR Magic9 Pro Max Pada 24 November

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar flagship ini, HONOR Magic9 Pro Max akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 November 2026.

Majlis pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia bermula jam 3.00 petang.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung berkenaan untuk menyaksikan pendedahan spesifikasi penuh HONOR Magic9 Pro Max serta beberapa pengumuman menarik yang akan dibuat sepanjang acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tempahan awal dan produk terbaharu HONOR, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.