Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad 9 kini mula dijual di Malaysia – RM 1,499

Selain Magic6 Pro, HONOR Pad 9 kini juga telah mula ditawarkan di seluruh negara pada harga RM 1,499.

Tablet terbaharu ini mempunyai reka bentuk menawan dan memberi pengalaman audiovisual menakjubkan. Ia adalah peranti terbaik untuk melakukan kerja dan berhibur.

HONOR Pad 9 kini tersedia dalam dua warna menarik iaitu Space Gray dan Cyan Lake. Tablet ini mempunyai dalam dua versi iaitu Wi-Fi dan 5G. Model Wi-Fi kini ditawarkan pada harga RM1,499 dan akan mula dijual seluruh negara pada 28 Mac manakala versi 5G akan tiba pada 19 April 2024.

Turut disertakan adalah hadiah percuma bernilai RM698, termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pen HONOR CHOICE Pencil. Dengan aksesori tersebut, HONOR Pad 9 pasti melancarkan tugasan pengguna sama ada untuk belajar, kerja atau menghasilkan seni.

HONOR Pad kini boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan juga pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

ULASAN : HONOR Pad 9 – tablet harga berpatutan terbaik untuk hiburan dan kerja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.