Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi ‘early bird special’ HONOR Magic6 Pro kehabisan stok – pelancaran rasmi esok

HONOR Magic6 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia esok selepas pelancaran global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024.

Baru-baru ini, HONOR telah menawarkan promosi Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti flagship Magic6 Pro ini dengan bayaran deposit RM66 sahaja.

Promosi Early Bird Special telah bermula pada 11 Mac lalu dan HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat dan telah kehabisan stok!

Walaubagaimanapun, HONOR Magic6 Pro masih akan tersedia pada pra-tempahan yang akan bermula selepas pengumuman harga peranti ini pada 20 Mac.

HONOR telah memastikan stok HONOR Magic6 Pro mencukupi bagi tempoh prapesanan ini dan hadiah percuma eksklusif turut menanti pembeli yang membuat pra-tempahan.

Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic6 Pro, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari : Honor Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.