Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A33 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,699

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G minggu lalu dan telefon pintar ini telah disahkan akan ditawarkan di Malaysia dari 22 Mac pada harga yang bermula dari RM 1,699.

Menariknya, Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G berkongsi kebanyakkan spesifikasi yang termasuk skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta lapisan gelas Victus+ . Ianya turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W, penarafan IP67, dan rekaan Key Island namun kerangka yang berbeza (A55 menggunakan kerangka keluli manakala A35 menggunakan kerangka plastik).

Beralih kepada bahagian dalaman, Galaxy A55 5G tampil dengan cip Exynos 1480 dengan GPU Xclipse 530 yang berasaskan AMD RDNA2, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dalam pada itu, Galaxy A35 5G pula tampil dengan cip Exynos 1380, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

 

Ke bahagian kamera, Galaxy A55 5G tampil dengan sensor utama 50MP f/1.8 bersama OIS, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 32MP f/2.2. Galaxy A35 5G pula memiliki sensor utama 50MP f/1.8 bersama OIS, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 13MP f/2.2.

Selain itu, Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 juga membawakan Samsung Knox Vault buat pertama kali pada Galaxy A-Series yang meningkatkan keselamatan data peribadi seperti kod PIN, katalaluan dan banyak lagi.

Seterusnya, Samsung juga menjanjikan 4 kemaskini OS dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G akan tampil didalam tiga pilihan warna iaitu Awesome Lilac, Awesome Navy dan Awesome Iceblue. 

Samsung Galaxy A33 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,699 dimana setiap pembelian akan menerima pelan perlindungan Samsung Care+ untuk tempoh 2 tahun (termasuk 1 tahun lanjutan waranti biasa) dan diskaun 30% bagi pembelian Galaxy Fit3 atau aksesori rasmi Samsung yang lain.

Dalam pada itu, Galaxy A55 5G pula akan ditawarkan pada harga RM 1,999 dimana setiap pembelian akan turut menerima Galaxy Buds FE, 1 tahun lanjutan waranti dan diskaun 30% bagi pembelian Galaxy Fit3 atau aksesori rasmi Samsung yang lain.

Jualan rasmi akan bermula pada 22 Mac namun beberapa wakil penjual terpilih telah mula telefon pintar Galaxy A Series yang terbaru ini bermula hari ini.

Maklumat lanjut di sini : Galaxy A55 5G| Galaxy A33 5G 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.