Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 4,499

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship Honor Magic6 Pro di Malaysia yang menampilkan sensor telefoto terbesar dipasaran bersama penambahbaikan yang menyeluruh berbanding generasi sebelum ini.

Honor Magic6 Pro hadir dengan skrin paparan Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 4,320Hz PWM dimming, Dolby Vision dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits atau 5,000nits bagi kandungan HDR. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan NanoCrystal Shield.

Selain itu,  Magic6 Pro juga memiliki sensor 50MP pada lubang punch-hole namun versi Pro disertakan dengan modul 3D untuk pengecaman wajah.

Dari segi dalaman, Magic6 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, 12GB  jenis LPDDR5x dan storan dalaman 512GB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 8.0 yang berasaskan Android 14.

Beralih ke bahagian kamera, Magic6 Pro tampil dengan reka bentuk modul kamera yang sedikit berbeza berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain itu, Honor Magic6 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan aperture boleh ubah f/1.4-f/2.0 dan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 180MP yang turut memiliki OIS dan menyokong sehingga 100x zoom digital.

Selain itu, Honor Magic6 Pro juga tampil dengan bateri silikon karbon generasi ke-2 berkapasiti 5,600mAh bersama sokongan pengecasan pantas 80W Honor SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar 66W.

lain-lain ciri yang dimiliki Magic6 Pro adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3 dan IR blaster.

HONOR Magic6 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,499 dan pra-tempahan telefon pintar ini kini telah dibuka (bermula jam 4.30 petang – 20 Mac 2024).

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,960 yang termasuk Honor Watch 4, Honor Earbuds X7, 365 hari penukaran panel hadapan dan belakang percuma dan 1 tahun lanjutan waranti.

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.