Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Buka Pusat Perkhidmatan Eksklusif Pertama di Pavilion Embassy pada 17 Mac ini

HONOR telah mengumumkan pembukaan  pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac ini yang lengkap dengan kemudahan yang menjanjikan perkhidmatan pelanggan terbaik.

 Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat perkhidmatan eksklusif HONOR pada hari pelancaran boleh menikmati beberapa tawaran istimewa seperti di bawah:

a) Untuk tempoh satu minggu dari 17 Mac, perkhidmatan penggantian pelindung skrin adalah percuma bagi mana-mana peranti HONOR;

b) Untuk tempoh tiga hari dari 17 Mac, pembaikan percuma diberikan untuk mana-mana peranti HONOR yang telah tamat jaminan; dan

c) Pada 17 Mac, pengguna HONOR akan membawa pulang satu hadiah misteri, sementara stok masih ada.

HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special dan tawaran ini sehingga 20 Mac.

Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 seperti HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6,  jaminan waranti tambahan dan gantian skrin dan panel belakang percuma 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special juga layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Jangan lupa saksikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro pada 20 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.