Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi NanoCrystal Shield pada Skrin HONOR Magic6 Pro menjadikanya anti-calar dan paling tahan lasak dipasaran

HONOR Magic6 Pro telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Mac ini selepas membuat penampilan antarabangsa di Mobile World Congress (MWC) 2024 baru-baru ini.

Menariknya, Honor Malaysia menyasarkan untuk menguasai 20% pasaran Malaysia menjelang penghujung tahun 2024 dan ini bersandarkan kepada kehebatan Magic6 Pro yang tampil dengan beberapa teknologi terkini yang mengatasi masalah asas pengguna.

Apakah pembaikan yang paling biasa dilakukan dan mahal untuk telefon pintar flagship? Ianya adalah pembaikan skrin!

Salah satu masalah utama yang sering dihadapi pengguna adalah skrin yang cepat calar atau lebih perit skrin retak akibat jatuhan yang tidak disengajakan. Umum diketahui bahawa skrin paparan telefon pintar  tidak mempunyai sebarang perlindungan waranti dan proses pembaikan juga memerlukan prosedur yang rumit.

Walaubagaimanapun, HONOR telah menemui ‘Magic’ yang menjadikan kaca lebih keras daripada besi iaitu lapisan gelas NanoCrystal Shield yang merupakan lapisan gelas perlindungan paling lasak yang telah diperkenalkan pada HONOR Magic6 Pro.

HONOR NanoCyrstal Shield

Kaca tahan lasak ini diperbuat daripada teknologi terkini dimana ketumpatan kristalnya adalah 50% lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, dan rintangan jatuhnya adalah 10 kali lebih tinggi berbanding kaca biasa.

Seterusnya, NanoCrystal Shield yang digunakan pada Magic6 Pro juga telah menerima penarafan 5 bintang  SGS Glass Drop Resistance Ability selepas melalui pelbagai senario ujian yang menguji ketahanan kaca ini.

Selain kaca NanoCrystal Shield, paparan HONOR Magic6 Pro juga memiliki kadar PWM Dimming 4320Hz yang memberikan perlindungan maksima daripada cahaya biru dan kelesuan mata serta kecerahan maksima sehingga 5,000nits.

Majlis pelancaran HONOR Magic6 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 20 Mac ini dan dapatkanya sekarang menerusi tawaran awal Early Bird Special yang bermula hari ini sehingga 20 Mac.

Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 yang terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Lanjutan waranti tambahan dan Pelan perlindungan skrin dan panel belakang 365 Hari.

Selain itu, pembeli Early Bird Special juga layak untuk mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Jom tengok video Shorts HONOR Magic6 Pro kena ‘dera’

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.