Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran global Infinix NOTE 40 Series akan berlangsung di Malaysia pada 18 Mac ini

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran global telefon pintar Infinix Note 40 Series  akan berlangsung di Malaysia pada 18 Mac ini.

Maklumat mengenai Infinix Note 40 Series masih belum diketahui namun ianya dijangka akan terdiri daripada empat model iaitu NOTE 40 dan NOTE 40 Pro 5G, NOTE 40 Pro 4G dan NOTE 40 Pro+.

Selain itu, NOTE 40 Series juga akan membawakan teknologi pengecasan pantas All-Round Fast Charge 2.0 yang mungkin menawarkan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W pada model paling premium.

Segala persoalan mengenai Infinix NOTE 40 Series akan terjawab pada 18 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.