Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G kini rasmi

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar midrange popular terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.

Menariknya, Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G berkongsi kebanyakkan spesifikasi yang termasuk skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta lapisan gelas Victus+ . Ianya turut memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W, penarafan IP67, dan rekaan Key Island namun kerangka yang berbeza (A55 menggunakan kerangka keluli manakala A35 menggunakan kerangka plastik).

Beralih kepada bahagian dalaman, Galaxy A55 5G tampil dengan cip Exynos 1480 dengan GPU Xclipse 530 yang berasaskan AMD RDNA2, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dalam pada itu, Galaxy A35 5G pula tampil dengan cip Exynos 1380, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera, Galaxy A55 5G tampil dengan sensor utama 50MP f/1.8 bersama OIS, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 32MP f/2.2. Galaxy A35 5G pula memiliki sensor utama 50MP f/1.8 bersama OIS, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 13MP f/2.2.

Selain itu, Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 juga membawakan Samsung Knox Vault buat pertama kali pada Galaxy A-Series yang meningkatkan keselamatan data peribadi seperti kod PIN, katalaluan dan banyak lagi.

Seterusnya, Samsung juga menjanjikan 4 kemaskini OS dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G akan tampil didalam tiga pilihan warna iaitu Awesome Lilac, Awesome Navy dan Awesome Iceblue. Harga jualan di Malaysia masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.