Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac ini – pra-tempah sekarang

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship Magic6 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac ini.

HONOR Magic6 Pro telah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa di Mobile World Congress (MWC) baru-baru ini dan ianya telah menerima ulasan memberangsangkan yang meluas kerana pencapaian dalam menghasilkan inovasi baru dalam industri telefon pintar.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

HONOR kini menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special yang bermula hari ini sehingga 20 Mac.

Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 yang terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Lanjutan waranti tambahan dan Pelan perlindungan skrin dan panel belakang 365 Hari.

Selain itu, pembeli Early Bird Special juga layak untuk mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.