Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Malaysia ucap selamat hari jadi kepada Samsung – pelancaran Magic6 Series semakin hampir

HONOR Malaysia telah mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 kepada Samsung yang kini menyambut tahun ke-24 didalam pasaran telefon pintar global.

Ini susulan prestasi cemerlang HONOR Malaysia pada 2023, yang mana HONOR X9a, HONOR 90, dan HONOR X9b tersenarai dalam 10 telefon pintar paling dicari di Carian Tahun 2023 Google dalam negara.

Selepas berpisah dengan Huawei pada 2021, HONOR dengan pantas mencapai pengiktirafan di dalam pasaran mewah melalui pembangunan teknologi canggih, khususnya dalam Magic Series.

HONOR telah membangunkan beberapa teknologi baharu antaranya sistem kamera Falcon HONOR, bateri karbon silikon, teknologi perlindungan mata bebas risiko, cipset keselamatan diskret, pelindung Nanohablur HONOR dan engsel titanium ringan untuk HONOR Magic V2.  

Dalam pada itu, HONOR bakal mengadakan pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR di Mobile World Congress (MWC) 2024.

HONOR menjangkakan peranti baharu ini berprestasi lebih cemerlang dalam pasaran telefon pintar tahun ini. pelancaran HONOR Magic V2 dan penampilan V2 RSR edisi Porsche Design di Malaysia baru-baru ini sudahpun memikat hati ramai ketua pegawai eksekutif tempatan sebagai peranti pilihan mereka.

Pelancaran global HONOR Magic V2 RSR dan Siri HONOR Magic6 akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan. Acara ini boleh disaksikan menerusi siaran langsung di laman web HONOR https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/  

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh layari https://bit.ly/HONORMagicV2PR

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.