Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V2 – Bagaimana ciri Multi-Window mampu memudahkan kehidupan anda

Telefon pintar foldable ternipis dan paling ringan didunia iaitu HONOR Magic V2 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dengan sambutan bagi produk ini adalah diluar jangkauan.

Walaupun merupakan sebuah telefon pintar foldable, HONOR Magic V2 menampilkan rekaan yang lebih nipis daripada telefon pintar flagship tradisional dipasaran seperti iPhone 14 Pro Max namun ianya memiliki dua skrin yang membuka pelbagai kemungkinan untuk pengguna memaksimakan potensi telefon pintar ini.

Ciri Multi-Window adalah ciri yang menggunakan kelebihan telefon pintar foldable yang mempunyai skrin paparan utama yang lebih besar iaitu bersaiz 7.92-inci yang memberikan anda pengalaman seperti pada tablet dan ianya memiliki nisbah 9.78:9 menawarkan pengguna pengalaman tontonan lebih imersif dan memuaskan.

Selain itu, paparan utama juga membolehkan anda menikmati kandungan multimedia pada skrin yang lebih besar atau tingkatkan produktiviti anda dengan membuka sehingga 4 multi-windows bagi melakukan  tugas kerja pejabat dengan cepat cekap dan cepat.

Walaupun 4 aplikasi ini dibuka serentak, ianya boleh disimpan pada latar belakang dengan hanya meleretkan jari dari ke kanan pada ➖ di setiap multi-window. Tidak perlu risau tentang sebarang isu lagging kerana Magic V2 memiliki 16GB RAM!.

Apakah senario yang akan membolehkan anda memaksimakan penggunaan Multi-Window pada HONOR Magic V2?, jom kita terokai.

HONOR Magic V2 – Teman Kerja Rasmi Anda 

HONOR Magic V2 mampu memudahkan tugas rasmi melalui pembukaan aplikasi produktiviti seperti Honor Docs yang menawarkan anda kebolehan untuk membuat dokumen pada format standard seperti PC. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah Word, Excel, Slide. Magic V2 tampil dengan ciri untuk mengimbas dokumen dan PDF tools yang menawarkan pengurusan fail PDF yang menyeluruh.   

Anda pasti kagum dengan kemampuan HONOR Docs apabila digunakan bersama  multi-window pada skrin paparan utama HONOR Magic V2.

HONOR Magic V2 – Guru Masakan Terbaik Anda

HONOR Magic V2 mungkin merupakan guru masakan terbaik bagi anda kerana dengan ciri Multi-Window membolehkan anda membuka video masakan pada aplikasi YouTube sambil mencatatkan bahan-bahan yang diperlukan pada aplikasi Notes untuk memastikan masakan tersebut menjadi seperti yang diinginkan.

Ketika memasak, tempoh mengoreng atau memasak adalah sesuatu yang mustahak bagi menjamin kualiti akhir masakan dan anda juga boleh membuka aplikasi timer serentak pada skrin paparan Magic V2.

HONOR Magic V2 – Teman Membeli Belah Terbaik

Fungsi Multi-Window pada Magic V2 membolehkan anda melakukan pembelian diatas talian dengan lebih mudah, bijak dan selesa. Anda boleh membuka sehingga 2 atau 3 platform e-perdagangan seperti Lazada, TitTok Shop dan Shopee untuk membandingkan harga, rekaan dan ulasan mengenai produk yang anda mahu beli.

Sambil melakukan pembelian ini, anda juga boleh mengawasi perbelanjaan anda dengan membuka aplikasi bank anda untuk melihat jumlah perbelanjaan dari semasa ke semasa. Jangan menangis tepi bucu dengan perbelanjaan yang melebihi kemampuan 🙂

HONOR Magic V2 – Berhibur dan Ikuti Perkembangan semasa 

HONOR Magic V2 membolehkan anda menikmati aksi sukan pilihan anda secara langsung tanpa perlu mengorbankan waktu untuk membaca berita perkembangan semasa dunia. buka sahaja aplikasi platform penstiram sukan dan laman web berita kegemaran anda serentak tanpa sebarang masalah. Multi -Window memastikan anda tidak terlepas aksi sukan dan berita semasa dunia.

HONOR Magic V2 – Gaming lebih memuaskan

HONOR Magic V2 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang mampu menawarkan pengguna prestasi gaming yang cukup baik dan ianya lebih imersif melalui ciri Multi-Window yang membolehkan anda menggunakan sepenuhnya skrin ini bagi memperoleh kelebihan untuk memenangi pertarungan dunia maya anda.

Sebagai seorang gamer, menghadapi situasi dimana anda memerlukan rujukan untuk melepasi rintangan atau cabaran didalam permainan video adalah sesuatu yang biasa, anda hanya perlu meleretkan jari pada sisi tepi atau tekan bahagian atas skrin dan pilih jenis multi-window untuk membuka satu lagi bahagian multi-window yang membolehkan anda membuka aplikasi YouTube untuk melihat bagaimana untuk melepasi cabaran pada permainan video tersebut.

Selain itu, anda juga boleh membuka dua aplikasi permainan video secara serentak untuk meningkatkan lagi kepuasan gaming anda.

Sebagai sebuah telefon pintar foldable , HONOR dilihat telah menambahbaik pengalaman penggunaan telefon pintar ini melalui ciri inovatif seperti multi-window, screenshot menggunakan gesture (meleretkan 3 jari pada skrin) dan banyak lagi.

HONOR Magic V2 adalah telefon pintar foldable idaman ramai yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.