Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Series akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2024 – Magic V2 RSR akan turut serta

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship HONOR Magic6 Series akan dilancarkan dipasaran global di MWC 2024 pada 25 Februari ini.

Selain Magic6 Series, HONOR juga mengesahkan bahawa Magic V2 RSR akan turut ke pasaran global seperti yang disahkan dipelancaran Magic V2 di Malaysia baru-baru ini.

HONOR Magic6 Series terdiri daripada dua model iaitu Magic6 dan Magic6 Pro yang mana kedua model ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Selain itu, Magic6 Pro juga mencuri tumpuan dunia dengan penggunaan sensor telefoto periskop 180MP bersama sensor utama 50MP yang mempunyai aperture boleh ubah antara f/1.4 sehingga f/2.0.

Bercakap mengenai Magic V2 RSR pula, ianya adalah telefon pintar pertama hasil kerjasama HONOR dengan Porsche Design yang diumumkan baru-baru ini dan ianya  juga telah ditawarkan untuk pendaftaran minat di Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.