Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Redmi Note 13 Series adalah 200% lebih baik dalam masa 7 hari sahaja

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan Redmi Note 13 Series di Malaysia dan jualan minggu pertama model Xiaomi Redmi Note 13 Pro telah mengatasi jualan model Redmi Note 12 Pro yang menyaksikan peningkatan sebanyak 200%.

Siri Redmi Note Series sentiasa menjadi idaman ramai kerana ia memecah tradisi apa yang boleh ditawarkan pada telefon pintar kelas pertengahan kepada pengguna.

Meneruskan legasi ini, Redmi Note 13 Series membawakan peningkatan yang lebih hebat menampilkan pelbagai teknologo yang pertama kali ditawaekan pada siri Redmi Note, termasuk paparan AMOLED 1.5K 120Hz dengan skrin melengkung dan penarafan IP68. Siri ini juga menyaksikan peningkatan pada paparan dan kamera utama merentasi semua modelnya.

Dalam pada itu, Redmi Note 13 Series juga menawarkan model telefon pintar yang sangat sesuai untuk setiap jenis pengguna. Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 kini boleh dibeli di semua stor rasmi Xiaomi di Malaysia dan di kedai rasmi dalam talian Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.